Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

25 Januari 2012

Perang saudara dalam Umno mungkin melebihi perjuangan untuk M'sia, kata Malott diplomat US

Perang saudara dalam Umno mungkin melebihi perjuangan untuk M'sia, kata Malott diplomat US
Temuramah Bahagian ke-tiga: Perdana Menteri Najib Razak dan rakan beliau mungkin mempertahankan status quo politik di negara tetapi realitinya adalah sangat jelas walaupun untuk penganalisis politik daripada negara lain.

Barisan Nasional, gabungan 14 parti yang memerintah sudah tidak relevan lagi kepada rakyat Malaysia biasa yang melihat ia mentadbir sebuah kerajaan yang tidak berkaliber, tidak layak dan tidak jujur. Bagi memburukkan lagi keadaan, perang saudara telah meletus dalam UMNO- parti nasionalis Melayu NAjib yang telah menerajui BN selama 54 tahun.


Jelas bahawa BN bukanlah lagi sebuah kuasa politik yang kuat. Ia kini hanya tentang Umno. MCA dan MIC telah diketepikan dan telah hilang kredibiliti di mata komuniti Cina dan India. Fokus sekarang hanya pada Umno,” ujar bekas diplomat AS ke Malaysia John Malott kepada Malaysia Chronicle.

Seperti Malott yang sekarang di Washington, penganalisis dan pemikir lain juga melihat beakhirnya era “kerajaan tahu yang terbaik” di rantau Asia Tenggara .

Kebencian terbuka

BN yang dulu pernah dianggap sangat kukuh sekarang sudah kian rapuh. Pemimpin Umno tidak langsung berselindung menunjukkan kekecewaan mereka terhadap rakan-rakan mereka dalam MCA, Gerakan dan MIC yang mereka persalahkan apabila kehilangan 5 negeri daripada 13 kepada Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim pada pilihanraya 2008.

Tetapi ia mungkin juga disebabkan keangkuhan Umno sendiri yang menyebabkan kejatuhan BN.

Secara senyap, akan kongi dalam BN ini menyalahkan Umno kerana berdegil dengan beranggapan bahawa mereka berkuasa dalam perikatan itu. Selama berdekad Umno telah berkeras bahawa hanya orang melayu yang berupa 50% daripada 28 juta populasi negara yang harus diberi keutamaan.

Pemimpin dari MCA, Gerakan dan MIC telah beberapa kali menyalahkan Umno kerana bergantung kepada politik perkauman dan ini menjadi penghalang kepada BN berpegang kepada kepelbagaian kaum. Minda tertutup dan sikap melampau memperjuangkan hak Melayu kepada kumpulan minoriti adalah antara penyebab orang bukan Melayu telah beralih sokongan kepada pembangkang- meninggalkan MCA, Gerakan dan MIC dibenci oleh komuniti mereka sendiri.

Kini giliran Melayu meninggalkan BN

Sekarang, pada pusingan terakhir sebelum PRU 13, yang mesti diadakan sebelum April 2013, apa yang jelas adalah kehilangan sokongan Melayu terhadap Umno. Ini digambarkan dengan jelas oleh momentum seleurh negara dengan penubuhan ABU (Anything but Umno), sebuah gerakan yang diterajui oleh aktivis hak asasi dan disasarkan kepada rakyat biasa.

Sememangnya berita buruk untuk Najib kerana beliau tidak lagi dapat bergantung kepada undi Melayu. Ia juga menunjukkan bahawa strategi beliau untuk mengekalkan Melayu kepada Umno melalui pelbagai cara sayap kanan dan taktik menakut-nakutkan telah gagal.

Umno secara amnya menikmati 55% daripada sokongn Melayu dengan 45% sokonga kepada PAS dan PKR. Tetapi Umno kini terjerat, Mereka sedar keruncingan masalah ini bahawa sokongan Melayu terhadap mereka semakin berkurang dan tiada langsung sokongan orang bukan Melayu.

Dalam kepanikan Umno untuk mengekalkan kuasa, pertelingkahan dalam pula telah berlaku dan ini telah membuatkan ahlinya berhijrah kepada pembangkang.Pengambil kesempatan yang melihat peluang mereka untuk memecah monopoli orang lama dalam Umno juga sedang membida kuasa dan mencabar status quo dalam parti itu.

Kumpulan utama sekarang adalah yang dipimpin oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi. Yang menunggu giliran adalah kumpulan yang lebih kecil seperti yang dipimpin TPM Muhyiddin Yassin dan sepupu Najib, Hishamuddin Hussein.

Nampaknya perjuangan dalam Umno adalah lebih penting daripada perjuangan menentang Pakatan Rakyat. Sayap kanan Umno akan menjadi lebih vokal dan anti- Najib, Mahathir, Muhyiddin, Hisham dan Ibrahim Ali akan menyebabkan Najib menghadapi lebih banyak kepayahan,” ujar Malott lagi.

“Bergantung kepada ke arah mana tiupan angin politik, mereka yang berpendirian sederhana dalam Umno mungkin akan melompat parti atau memberikan sokongan suam-suam kuku kepada Umno dan sekadar melihat keputusan pilihanraya.”


Pilihanraya yang dicemari adalah satu-satunya harapan BN

Sememangnya Umno sudah pasti tenggelam dan apa yang Pakatan harus buat adalah fokus. PRU 13 adalah untuk kekalahan Pakatan dan sejumlah kecil rakyat yang berpendapat Najib dan Umno terutamanya Mahathir Mohamad akan melihat sahaja keputusan yan dibuat pengundi.

Kemungkinan besar Najib akan membenarkan Peguam Negara untuk merayu pembebasan Anwar terhadap tuduhan fitnah liwat.

Mahathir sudah memberi petunjuk bahawa beliau menyokong rayuan dan perkara itu boleh merosakkan kredibiliti dan niat baik yang dilihat rakyat terhadap negara dan pentadbiran Najib apabila Anwar didapati tidak bersalah.

Malott menegaskan bahawa lebih daripada yang lain, rakyat harus memastikan Bn menjalankan reformasi piliharayasebelum PRU 13 atau akan berhadapan dengan keadaan paling buruk demokrasi.

Sekiranya kerajaan meneruskan rayuan terhadap kes Anwar, ia akan mengukuhkan lagi pembangkang di mata rakyat. Ia akan membuang masa Anwar kerana beliau tidak dapat menangani isu dalam parti dan kempen hanya kerana harus berhadapan dengan isu perundangan dan duduk di mahkamah sepanjang hari,” beritahu Malott.

Saya sudah kata bahawa saya tidak suka buat ramalan tetapi saya percaya sekiranya reformasi pilihanraya ini dijalankan dan pilihanraya menjadi adil, berkemungkinan pembangkang akan mendapat mandate rakyat. Mereka hampir melakukannya pada 2008 dan dengan sebelah tangan terikat. Saya menyuarakan ini bukan kerana perasaan saya tetapi adalah sebagai penganalisis politik.

Malaysia Chronicle

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...