Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
04 Mei 2012
SPRM perlu siasat dakwaan Najib dapatkan USD1b
Pendakwa Perancis mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat sejumlah USD1 bilion bagi pihak Perimekar daripada syarikat pembuatan kapal Perancis DCNI, iaitu anak syarikat DCN.
Perkara itu didedahkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam satu sidang media tengah hari tadi.
Dalam satu dokumen yang dihantar Francois Dupont bertarikh 1 Jun 2001 sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan Najib, ketika itu sebagai Menteri Pertahanan pada 14 Julai 2001 kepada kepada D Arnaud.
Menurut kenyataan Suaram, dokumen yang ditandakan nombor 87 dari keseluruhan 153 dokumen itu disita polis Perancis dari pejabat Henri Gide (Thales) pada 28 Mei 2010.
Dokumen itu turut memperinci kronologi lawatan dan tindakan yang bakal diambil Dupont sepanjang lawatannya ke Malaysia, di mana beberapa rancangan antaranya pertemuan dengan Menteri Pertahanan ketika itu.
Justeru, Suaram menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuka penyiasatan terhadap pendakwaan awam Perancis ini.
Bagi Suaram, kerjasama penuh kerajaan Malaysia khsusnya dalam kedua-dua moral dan undang-undang ke dalam siasatan yang sedang berjalan di Perancis.
"Kementerian Pertahanan akan datang bersih dan senaraikan ke parlimen syarikat lain yang terlibat dalam proses perolehan dan yang mendapat manfaat daripada sogokan dan komisen," kata Suaram.- Harakahdaily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan