Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
15 Mei 2012
1511: Nor Yakcop ‘buta pekak’ di Pulau Pinang
Jingga 13 menyelar kenyataan yang amat memalukan dan tidak bertamadun oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamad Yakcop di Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam selepas merasmikan Projek Usahawan Gemilang dengan menyatakan bahawa negara akan kembali ke era tahun 1511, dengan agenda bumiputera tidak lagi diwujudkan, sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya umum ke 13.
“Jingga 13 benar-benar kesal bagaimana seorang menteri boleh mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan kebodohan, tidak matang, memalukan serta tidak realistik apabila menganggap bahawa negara akan kembali ke zaman feudal pada tahun 1511 jika Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya,” kata Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa.
Baginya, Nor Mohamad benar-benar 'buta dan pekak' serta menafikan segala fakta apabila cuba membandingkan bahawa negara akan kembali ke zaman penjajahan sepertimana Francis Light dan Alfonso Albuqaque.
Katanya, sedangkan negeri yang beliau keluarkan kenyataan tersebut iaitu Pulau Pinang di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat yang terbukti mampu mengurus tadbir negeri dengan tersangat baik, malah diakui oleh Laporan Ketua Audit Negara serta memberikan keutamaan kepada Melayu dan bumiputera serta tanpa membelakangi kaum-kaum lain.
Menurut Fariz, kemampuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat termasuk Selangor, Kedah dan Kelantan terus membangun dan mampu mengurus tadbir negeri dengan sangat baik dan tidak menjadi keterbelakang malah memberikan keutamaan kepada bumiputera serta lebih mengutamakan ketuanan rakyat.
“Jingga 13 mendesak agar Tan Sri Nor Mohamad Yakcop menjawab melibatkan kes Setiausaha Politik beliau yang dituduh melibatkan pengubahan wang haram RM2.13 juta,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, adalah amat menghairankan jika beliau yang sebelum ini sebagai Timbalan Menteri Kewangan 2 tidak mengetahui berkaitan aktiviti haram yag dilakukan oleh Setiausaha Politik beliau.
Katanya lagi, kebimbangan dan kerisauan terhadap Pakatan Rakyat yang semakin mendapat sokongan rakyat sehingga menggunakan sentimen perkauman dan mengeluarkan fakta yang terlalu dangkal dan memperlihatkan kebodohan- Hrkhdaily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan