“Bila Najib kata ‘Anwar patut serah DNA,’ dan ‘kami mahu tahu siapa Jantan Y,’ dia (Najib) secara langsung mengakui peranan dia dalam konspirasi (Fitnah II).
Tindakan Datuk Seri Najib Razak memperalat media tempatan untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA dengan menawarkan DNA beliau sendiri, membuktikan penglibatannya Perdana Menteri itu dalam kes Fitnah II.
Bercakap kepada KeadilanDaily, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa berkata, desakan berkenaan sekadar mengesahkan Presiden Umno itu terlibat dalam mengatur konspirasi menjatuhkan Anwar.
“Bila Najib kata ‘Anwar patut serah DNA,’ dan ‘kami mahu tahu siapa Jantan Y,’ dia (Najib) secara langsung mengakui peranan dia dalam konspirasi (Fitnah II).
Malah, Sivarasa yang juga seorang peguam, percaya kenyataan Najib itu umpama arahan berselindung atau isyarat kepada mahkamah untuk mengarahkan Anwar menyerahkan sampel DNA.
“Tak wajar Najib mengeluarkan kenyataan begitu kerana ia seolah-olah cuba mempengaruhi mahkamah. Ia boleh dilihat sebagai arahan kepada mahkamah untuk menekan Anwar.