Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Kit Siang: P/Raya Sarawak Pelengkap Tsunami 2008. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kit Siang: P/Raya Sarawak Pelengkap Tsunami 2008. Papar semua catatan

20 Mac 2011

Kit Siang: P/Raya Sarawak Pelengkap Tsunami 2008


Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk membebaskan Sarawak daripada belenggu pemerintahan rasuah dan penyelewengan kuasa Barisan Nasional, susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Isnin ini, kata pemimpin-pemimpin gagasan pembangkang itu.

DAP yang mempunyai enam kerusi DUN di Sarawak, berharap pilihanraya negeri yang bakal diadakan menjadi “kemuncak” yang melengkapkan tsunami politik PRU 12 tahun 2008 di Semenanjung, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Pihaknya telah membuat persiapan rapi bersama rakan komponen dalam Pakatan untuk menamatkan pemerintahan 30 tahun Abdul Taib Mahmud, tambah Kit Siang.

"Saya tidak mahu meramal berapa kerusi kita boleh menang, Namun, pilihanraya Sarawak 2006 menandakan satu permulaan untuk perubahan yang diikuti oleh tsunami politik di Semenanjung pada tahun 2008. Kali ini kami berharap ia akan menjadi kemuncak tsunami politik untuk perubahan Malaysia khususnya di Sarawak," kata Kit Siang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...