Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
Memaparkan catatan dengan label Sebelum Itu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sebelum Itu. Papar semua catatan
19 Mac 2011
Sebelum Itu, Buat Ini Dahulu
Hishamuddin Rais
Wira kami meluncur meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Merlimau. Cuaca petang agak nyaman. Lalu saya meminta si pemandu memadamkan alat hawa dingin kerana saya ingin membuka cermin kereta. Saya ingin menghidu udara petang. Berkali-kali saya tekan punat tetapi sang cermin amat degil tidak mahu turun ke bawah. Si pemandu menoleh sambil ketawa dan bersuara, “Ini Proton Bro… takkan tak tahu tahu… inipun belum sampai setahun’. Kami terbarai ketawa.
(dari ingatan berkempen ke Merlimau)
Saya sedang memberi kuliah di Akademi Seni Kebangsaan. Bangunan ini belum sampai lima tahun. Hujan yang awalnya renyai-renyai menjadi lebat. Tertiba di luar air mencurah masuk. Atap bangunan ini telah terbarai.
(dari ingatan mengajar di Aswara)
Apabila kita membaca dan melihat apa yang sedang terjadi kepada lima buah loji nuklear di Jepun maka kita akan sedar bahawa ini adalah satu pelajaran yang amat mahal. Mata pelajaran ini sedang dibayar dengan harga darah dan nyawa oleh warga Jepun.
Labels:
Buat Ini Dahulu,
Sebelum Itu
Langgan:
Catatan (Atom)

