Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Taib Hanya Akan Bersara Selepas Rakyat ‘Mengundurkannya'. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Taib Hanya Akan Bersara Selepas Rakyat ‘Mengundurkannya'. Papar semua catatan

20 Mac 2011

Taib Hanya Akan Bersara Selepas Rakyat ‘Mengundurkannya'


Taib patut berundur sekarang, jika enggan, kita akan pastikan beliau ‘diundurkan’ oleh kuasa rakyat pada pilihan raya kali ini.


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kononnya akan berundur selepas pilihan raya negeri bersifat retorik politik, kata Naib Ketuanya, Kung Chin Chin.

Kung yang juga Ketua Cabang KEADILAN Sarikei berkata, kenyataan itu dibuat bagi mengendurkan kemarahan rakyat yang tekad menolak beliau pada pilihan raya negeri akan datang.

“Taib patut berundur sekarang, jika enggan, kita akan pastikan beliau ‘diundurkan’ oleh kuasa rakyat pada pilihan raya kali ini.

“Isunya bukan berundur selepas pilihan raya, isunya ialah Taib dalam proses membawa keluar hartanya ke luar negara sedikit demi sedikit dan jika BN menang lagi selepas ini, saya yakin dia mungkin tidak berundur,” kata Kung kepada Keadilandaily.com.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...