Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
27 April 2012
Umno BN peralat DBKL untuk halang perhimpunan Bersih 3.0
KEADILAN percaya ada arahan dari pemimpin Umno BN supaya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak menggagalkan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini.
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) cuba lepas tangan dalam isu Bersih 3.0 dan meletakkan beban itu kepada DBKL tetapi pada masa sama memberi tekanan kepada pihak berkuasa tempatan itu.
“BN belajar dari kesilapan lalu apabila melakukan kekerasan terhadap peserta Bersih 2.0. Menteri yang terlibat juga sudah mengaku hal ini (kekerasan).
“Kononnya mahu tunjuk toleransi. BN kata tiada halangan untuk Bersih 3.0 berhimpun, kemudian serahkan tanggung jawab kepada DBKL dan memberi tekanan kepada DBKL untuk menggagalkannya.
“Kita tahu tindakan DBKL dan polis di bawah arahan kerajaan BN,” katanya kepada Keadilan Daily ketika diminta mengulas gelagat keras DBKL kebelakangan ini.
DBKL hari ini merampas dua kotak derma mengandungi kira-kira RM200 dalam serbuan ke atas perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka dan merampas bekalan makanan mereka, tengah malam tadi.
Ia adalah serbuan ketiga DBKL dalam tempoh kurang 24 jam tetapi ia gagal menghalang mahasiswa dan aktivis yang tekad meneruskan perkhemahan sehingga 28 April ini.
Mengulas lanjut, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, polis dan DBKL patut menggunakan budi bicara dengan memberi kebenaran kepada peserta Bersih dan perkhemahan mahasiswa.-K/Daily
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan