Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

14 April 2012

Mahasiswa berkumpul tuntut mansuhkan PTPTN

(Ribuan mahasiswa berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka menuntut dimansuhkan PTPTN dan diganti dengan pendidikan percuma)


Ribuan mahasiswa berhimpun di hadapan kompleks membelibelah Sogo bagi menuntut dimansuhkan PTPTN dan percumakan pendidikan.

Mereka menyifatkan PTPTN melahirkan 'graduan hutang'.

Perhimpunan yang pada awalnya dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka dan disertai hanya disertai 400 siswa semakin ramai dan telah dipindahkan ke Sogo kerana laluan ke kawasan itu ditutup.


Sebelum itu kumpulan mahasiswa itu berarak dari Masjid Jamek ke Sogo.

Beberapa wakil mahasiswa berucap. Mereka kemudiannya berarak ke Dataran Merdeka sekali lagi.

Dengan memakai baju hitam tanda kegelapan masa depan akibat diselubungi hutang, mereka berarak di atas jalan raya sambil melaungkan slogan membantah PTPTN dan menuntuk pendidikan percuma.

Di Dataran Merdeka, mereka berucap, berkhemah dan ada yang mendirikan solat.-Harakahdily

(Mendengar ucapan pemimpin mahasiswa sambil berhimpun)


(Baju hitam yang menjadi tema perhimpunan mereka)

Sambil berarak mereka melaungkan slogan menentang PTPTN dan menuntut pendidikan percuma)

PENUH SESAK...perarakan menuju Dataran Merdeka
(Di Dataran Merdeka, ada antara mereka berkhemah)
(MENUNAIKAN SOLAT....Sambil berhimpun, mereka juga menunaikan solat)

(Di Dataran Merdeka juga mereka mengabadikan 'kubur' Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi yang mereka namakan 'Kubur Demokrasi')

(Gambar Najib dan Khaled Nordin juga diarakkan









Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...