Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

22 April 2012

Lebih 16,000 pengundi dipindah di Melaka- Shamsul



Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, lebih 16,000 nama pengundi baru termasuk mereka dari luar negeri itu menukar alamat untuk mengundi di beberapa kawasan parlimen.

Ia berikutan pendedahan mengenai video seorang anak kepada ADUN Umno di Melaka yang terlibat dalam usaha Umno-BN negeri itu memindahkan alamat pengundi ke Melaka, khasnya di kawasan parlimen Bukit Katil.

Komplot jahat dan terancang itu turut melibatkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka.


“Data 16,000 pengundi yang ditukar alamat disahkan sendiri oleh SPR dalam pertemuan baru-baru ini dan saya sendiri bersama teman-teman dalam Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil akan membawa video ini segera ke SPR, SPRM dan polis untuk tindakan susulan.

“Kita juga mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak segera menyelesaikan masalah ini dengan segera sebelum Parlimen dibubarkan,” tegasnya.

Shamsul berkata, komplot jahat itu dilakukan kerana Umno-BN dilihat sangat sukar untuk mempertahankan kawasan parlimen di Melaka, selain dua dari empat kerusi DUN dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU lalu.

“Tidak hairan apabila Umno Melaka memperalat mahasiswa untuk menukar alamat bagi mengundi mereka pada PRU kali ini kerana Umno sendiri tidak yakin untuk menang,” katanya lagi.-keadilandaily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...