Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

15 Oktober 2011

Najib perlu henti guna duit rakyat untuk naik imej



Sejak menjadi perdana menteri, Najib telah menghabiskan jutaan ringgit untuk membayar syarikat perunding asing, termasuk syarikat pro Israel, Apco Worldwide RM77 juta setahun bagi menaikkan imej kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak digesa agar berhenti menggunakan duit rakyat semata-mata untuk menaikkan imej kerajaan di peringkat antarabangsa.


Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Najib juga perlu memohon maaf kerana menghabiskan RM84 juta wang pembayar cukai untuk membayar perunding antarabangsa, FBC Media.


“Najib perlu minta maaf pada rakyat kerana ini merupakan satu pembaziran. Rakyat miskin perlukan bantuan tetapi kerajaan sewenang-wenangnya menggunakannya (untuk menaikkan imej),”
“Belum pernah didengari PM mana-mana negara menggunakan peruntukan sebegitu besar semata-mata untuk menaikkan imej mereka sendiri,” katanya kepada Keadilandaily.com.
Sejak menjadi perdana menteri, Najib telah menghabiskan jutaan ringgit untuk membayar syarikat perunding asing, termasuk syarikat pro Israel, Apco Worldwide RM77 juta setahun bagi menaikkan imej kerajaan.
Malah, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut menggunakan media antarabangsa bagi mempromosi dirinya, dengan merampas gelaran Wanita Pertama Malaysia daripada Permaisuri Agong.
Bagi tujuan itu, kerajaan membazirkan sebanyak RM1.5 juta untuk menempah iklan khas yang memaparkan Rosmah dalam akhbar Amerika Syarikat, New York Times.
Imej Najib sebelum ini dilihat terjejas teruk di peringkat antarabangsa, termasuk kaitannya dalam skandal Scorpene dan pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibu.
Tekanan politik yang dikenakan terhadap pembangkang, termasuk konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyebabkan popularitinya jatuh menjunam.
Pada 9 Julai lalu, kerajaan  Umno-BN turut menerima kecaman media luar apabila menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih-K/Daily
Justeru, tindakan perdana menteri, membayar jutaan ringgit kepada perunding asing bagi mempromosikan kerajaan pimpinannya, dilihat sebagai usaha  terdesak-K/Daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...