Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
27 Oktober 2011
Najib ‘penakut’ sebab batal lawatan ke UIA, kata kumpulan pelajar
Kumpulan mahisiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mendakwa Perdana Menteri Najib Razak sebagai seorang penakut selepas beliau membatalkan lawatannya ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada minit terakhir.
Menurut kepada beberapa portal berita, Najib terpaksa membatalkan lawatan ke UIA kerana beliau harus menghadiri majlis pengebumian Putera Mahkota Arab Saudi. Tetapi pemerhati politik percaya itu cumalah alasan untuk mengelakkan cemuhan daripada pelajar-pelajar, yang sudah bosan dengan pentadbirannya yang tidak kompeten dan perbelanjaan wang rakyat untuk kepentingan diri dan keluarganya sendiri.
Sememangnya, Najib telah berusaha untuk dilihat ‘cool’, membelanjakan berjuta-juta wang rakyat untuk kempen PR yang mahal untuk menjadikan dirinya popular di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya anak-anak muda generasi Y.
Tetapi kejayaan telah melalaikannya dan usaha terkininya untuk memaksa professor undang-undang kontroversi Aziz Bari untuk akur telah makan tuan. Parti UMNOnya telah terjejas akibat ketidak bolehan pemimpin-pemimpinnya mengikut peredaran masa. Pengganti Najib, Muhyiddin Yassin yang merupakan orang nombor 2 UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri, adalah sama tidak popular dengan Najib. Kedua-dua mereka kelihatannya lebih sesuai berada di era ‘politik lama’ orang gua batu, di mana kayu digunakan sewaktu pengingkaran berlaku.
“SMM melihat langkah Perdana Menteri untuk membatalkan lawatannya sebagai langkah bacul untuk menghadap mahasiswa,” kata SMM dalam kenyataannya pada hari Selasa. “Perjuangan SMM adalah untuk kebebasan akademia dan bukan hanya untuk mempertahankan Prof Dr Aziz Bari.”
Perjuangan untuk kebebasan akademia berterusan
SMM telah mengesahkan protes kampusnya yang direncana untuk malam ini akan diteruskan, walaupun dengan ketiadaan Najib. Mereka akan menyerahkan memorandum pembantahan terhadap campur tangan kerajaan kepada Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein.
Aziz telah digantung pada minggu lepas selepas pemimpin-pemimpin UMNO dan akhbar Utusan mereka menimbulkan kekecohan di atas komentar yang dibuatnya terhadap keputusan kontroversi Sultan Selangor tentang sergahan Jais ke atas perkarangan Gereja Methodis Damansara Utama di atas dakwaan berlakunya aktiviti pemurtadan. Aziz berkata keputusan Sultan itu tidak konvesional dan rakyat berhak mempersoalkan Sultan.
Itu memberi ruang untuk pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah Najib untuk mengenakannya, seperti yang selalu dilakukan oleh UMNO, menggunakan Raja untuk meraih sokongan daripada kaum Melayu. Walau bagaimanapun, kali ini komplot itu tidak berjaya. Pandangan rakyat menyebelahi pihak Aziz dan SMM sudah pun mengadakan perarakan pada Jumaat lepas, di mana hampir 1,000 orang telah hadir untuk mengutuk lembaga UIA kerana akur dengan tekanan politik dan menggantung Aziz.
Aziz telah enggan meminta maaf di atas kenyataannya, berkata dia tidak berkata apa-apa yang salah. Pihak universiti telah menarik balik penggantungannya tetapi Aziz takut perkara yang lebih teruk akan terjadi.
“Mereka hanya ingin menyenangkan hati rakyat tapi apa yang akan berlaku selepas ini? Tindakan disiplin daripada UIA?” Aziz memberitahu pihak media.
- Malaysia Chronicle
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan