Campurtangan kabinet dalam laporan Audit Negara hanya takut temberang UMNO diketahui rakyat
Kuala Lumpur -Tindakan kabinet cuba campurtangan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, menunjukkan seolah wujud tekanan terhadap Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Kuala Lumpur -Tindakan kabinet cuba campurtangan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, menunjukkan seolah wujud tekanan terhadap Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata demikian mengulas kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari semalam, yang mengatakan Ketua Audit Negara sepatutnya tidak menyerahkan laporan itu kepada kabinet kerana ia pihak yang mempunyai kepentingan
.
.
“Kalau ada campurtangan kabinet, ia merupakan perkara yang sudah kita jangka. Ia tidak baik dari segi tadbir urus dan tatakelola kerajaan yang baik, yang menunjukan amalan kerajaan yang mempunyai kematangan demokrasi dan sebagainya.
“Atas tuntutan ketelusan, adalah lebih baik sekiranya Laporan Audit dibentangkan kepada parlimen terlebih dahulu,” kata beliau.
Menurut Dzulkefly, apa yang didedahkan dalam Laporan Audit akan diperhalusi oleh Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang ditubuhkan parlimen, dan bukan kabinet.
“Apa sahaja yang melibatkan rasuah, pecah amanah, penyelewengan dan sebagainya, mesti diperhatikan oleh PAC,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua pula berkata, amalan menyerahkan laporan Audit ke kabinet itu seolah menunjukkan Ketua Audit Negara berada di bawah tekanan kerajaan.
“Itu sebabnya kita berkali-kali tanya mengapa laporan Audit ini lambat di serahkan ke parlimen. Sepatutnya apabila ia disiapkan, ia diserahkan terus ke parlimen dan bukannya kepada kabinet.
“Ini seolah-olah menunjukkan AG di bawah tekanan kabinet,” kata Tian Chua kepada Keadilandaily.
Semalam, Aziz Bari berkata tindakan Ambrin itu menyalahi peraturan dan bertentangan dengan perlembagaan kerana Laporan Audit sepatutnya hanya dikemukakan kepada Yang di Pertuan Agong, sebelum diserahkan kepada Dewan Rakyat.
Tindakan itu menyebabkan berlaku kelewatan selama 17 hari, daripada tarikh Belanjawan 2012 dibentangkan.
Menurut Aziz, kabinet adalah pihak berkepentingan dengan laporan Audit yang turut memperincikan salahguna kuasa dan penyelewengan dalam perbelanjaan kerajaan.
“Perkara ini menyebabkan berlaku kelewatan apabila ia tidak dibentangkan sekali dengan bajet yang mengandungi begitu banyak penyelewengan, kelemahan dan segala macam kepincangan,” kata beliau.-K/Daily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan