Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

13 Oktober 2011

Lebih 200 PATI diberi IC untuk mengundi BN

Demi kuasa UMNO-BN sanggup melakukan apa saja meskipun menggadaikan maruah dan kedaulatan negara kepada pendatang asing
Lokasi yang dipercayai menjadi tempat simpanan PATI sebelum diberikan kad pengenalan segera


Putrajaya: Kira-kira 260 Pendatang Tanpa Izin (PATI) yang dipercayai bakal dijadikan pengundi hantu oleh Umno, berjaya dikesan di sebuah resort di sini hari ini.

Sekumpulan PATI itu dibawa dengan 6 buah bas persiaran dari Johor ke Putrajaya untuk diberikan kad pengenalan segera.
Bagaimanapun, tindakan pantas Pemuda Pas berjaya menghalang tindakan yang dipercayai didalangi Umno-BN itu, sehingga memaksa mereka membatalkan rancangan tersebut.

Sehingga kini difahamkan kumpulan PATI tersebut masih dikurung di Istana Dugang Country Resort, Dengkil, tetapi 6 bas yang membawa mereka sudah bertolak balik ke Johor lebih kurang jam 1 petang tadi atas nasihat polis.

“Saya dapat maklumat malam tadi daripada salah seorang pemandu bas, sebabnya dia meragui kerana masing-masing ada dokumen dan cakap-cakap daripada penumpang, mereka akan dapat kad pengenalan hari ini.
Menurut Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat,  Mazlan Aliman, perkara tersebut diketahuinya daripada pemandu bas yang membawa PATI tersebut.
“Ekoran itu saya sudah berhubung dengan Suhaizan Kaiat (Ketua Pemuda Pas Johor) lebih kurang jam 1 pagi dan meminta Pemuda PAS Selangor dapat bergerak sebab mereka dijangka sampai sekitar Subuh di Putrajaya,” kata Mazlan pada sidang media di luar pagar Istana Dugang Country Resort.
Katanya, daripada maklumat yang diterima, kesemua PATI itu mempunyai dokumen khas sehingga menimbulkan kecurigaan mereka.
“Berdasarkan dokumen yang ditunjukkan kepada kami dokumen disiap terlebih dahulu, maknanya ejen-ejen mereka menyiapkan terlebih dahulu.
“Ejen-ejen ini juga yang mengikut mereka ke mari dengan menggunakan kereta Exora hitam yang jadi mastermind dalam modus operandi mereka,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS, Mohd Adram Musa berkata, pihaknya kini masih memantau kawasan tersebut dibimbangi kegiatan itu akan diteruskan.
“Lebih kurang jam 11 pagi, pintu pagar resort ditutup, tapi tidak mengapa kerana kami sudah ada bukti kehadiran PATI dan gambar-gambar mereka.
“Kami Pemuda PAS, akan memantau keadaan di sini walaupun pintunya ditutup. Setakat ini, kami tidak nampak apa-apa yang mencuriga,” kata beliau.-K/Daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...