Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
01 Ogos 2011
Pensyarah Sokong Desak Kerajaan Mansuh Undang-undang Penahanan Pencegahan
Pensyarah Undang-undang Perlembagaan UiTM, Professor Shad Saleem Faruqi menyokong saranan banyak pihak agar semakan undang-undang yang membenarkan penahanan berterusan tanpa dibicarakan dilakukan segera.
Beliau yang juga seorang peguam yang pakar perlembagaan berkata, menteri dalam negeri juga tidak seharusnya diberikan kuasa Tuhan bagi menahan rakyat negara ini.
"Saya tidak fikir sepatutnya mana-mana manusia harus diberikan kuasa seumpama itu untuk bertindak ke atas manusia lain... kuasa itu hanya untuk Tuhan,” katanya pada sebuah forum di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai undang-undang kuku besi di negara ini seperti Akta Keselamatan dalam Negara (ISA) dan Ordinan Darurat yang memperuntukkan kuasa mutlak kepada menteri dalam negeri untuk menahan seseorang untuk jangkamasa yang difikirkannya sesuai.
Menurutnya, walaupun mengakui negara memerlukan undang-undang pencegahan bagi menangani ancaman keselamatan seperti kegiatan pengganas, Shad Saleem berkata undang-undang sedemikian perlu dikaji semula bagi mengekang kuasa mutlak menteri dan memastikan penggunaannya perlu diperketatkan.
Malah beliau turut mencadangkan supaya lembaga penasihat sekarang yang dipertanggungjawab menyemak semua keputusan menteri bagi penahanan tanpa bicara ditukar menjadi “lembaga keselamatan khas” dan sebarang keputusannya mesti dipatuhi oleh menteri.
Ujarnya lagi, buat masa ini lembaga penasihat hanya boleh memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, sementara kerajaan boleh dan dalam beberapa kejadian sebelum ini telah bertindak tidak mengikut nasihat berkenaan.
Jelasnya lagi, lembaga keselamatan khas itu juga perlu mempunyai akses kepada maklumat berhubung sebarang penahanan yang sekarang dirahsiakan oleh kementerian dalam negeri.
Tambahnya, situasi sekarang di mana pihak polis dan menteri bertindak dalam pelbagai peranan seperti penuduh, penyiasat dan juga pengadil adalah “tidak betul”.-Tvsnews
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan