Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

23 Ogos 2011

Fitnah II: Anwar nafi tuduhan jahat, yakin kebenaran terserlah


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya tuduhan jahat yang dilemparkan kepadanya dan yakin kebenaran dalam kes fitnah tersebut akan terbukti kelak.
Beliau berkata demikian ketika memberi kenyataan membela diri dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Kenyataan dalam Bahasa Inggeris sebanyak 32 muka surat yang dibaca Anwar itu menegaskan kembali bahawa tuduhan  terhadapnya merupakan  fitnah yang telah direka dan berniat jahat.

“Saya sama sekali menafikan tuduhan terhadap saya. Saya  tidak ragu-ragu untuk menyatakan saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu, Mohd Saiful. Dakwaannya adalah satu pembohongan terang-terangan, jahat dan ia akan dibuktikan.
“Ini ialah satu percubaan buruk dan keji untuk mencemarkan nama baik saya.
“Saya mengulangi bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja untuk membunuh karekter, mencemar reputasi dan mengancam saya dengan 20 tahun lagi hukuman penjara, tetapi saya tidak akan menyerah.
“Sebaliknya, kebenaran akan terbukti kelak. Apa pun terjadi saya tidak menyerah kalah,” ujarnya.
Dalam kenyataan yang dibacakan,  Anwar menjelaskan secara panjang lebar mengenai kegagalan pihak pendakwa bersikap profesional, hakim yang dilihat berat sebelah dan bukti-bukti dalam kes berkenaan.
Antara disentuh termasuk hubungan antara pengadu Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwaraya, Farah Azila Latif sehingga menyebabkan penggugurannya dari pasukan pendakwa.
Ia termasuk kegagalan mahkamah memanggil saksi alibi seperti pemilik kondominum tempat kejadian liwat dikatakan berlau, Hasanudin Mat Isa dan ugutan polis yang diterimanya.
Mahkamah berhenti rehat pada jam 10.50  sehingga 11.15 am selepas Anwar membacakan kenyataannya dari kandang tertuduh selama 1 jam.-K/Daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...