Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

23 Ogos 2011

Anwar: Fitnah II merupakan konspirasi Najib


Pembicaraan keatas Anwar hanya tipu helah politik untuk menyekat Anwar dari terus merajui politik tanah air
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertuduhan terhadapnya merupakan konspirasi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membunuh karier politiknya.
“Keseluruhan proses ini tiada apa-apa melainkan satu konspirasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyekat aktiviti politik saya dengan sekali lagi cuba memenjarakan saya.
“Oleh itu, saya mengisytiharkan tidak ada kepercayaan langsung terhadap apa saja keputusan mahkamah ini walaupun usaha terbaik telah dibuat oleh para peguam saya,” kata Anwar.

Beliau membuat kesimpulan berkenaan dalam kenyataan membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Kata Anwar, dalam episod kedua ini, konspirator telah mengulang plot untuk menjadikan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan sebagai mangsa, dengan membuat pengakuan sepertimana 1998 bagi menggambarkan pengadu dianiayai untuk menimbulkan keraguan awam.
Menurut Anwar, konspirasi itu melibatkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah mansor yang menemui pengadu itu di kediamannya di mana Saiful mengadu diserang secara seksual.
“Kenyataan rasmi Najib bahawa beliau berjumpa dengan pengadu bagi membincangkan mengenai biasiswa jelas merupakan satu pembohongan yang hanya ditarik balik selepas pelbagai pendedahan dilakukan menerusi laman sosial dan blog di internet,” kata Anwar.
Anwar menegaskan pertuduhan terhadapnya bukan perbicaraan jenayah dan dilakukan oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan kuasa mereka. Tegas Anwar, ia berdasar bukti-bukti dan cara pihak pendakwa mengendalikan kes itu.
Menurut Anwar, pada perbicaraan kes 1998, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan tipu muslihat dengan menggunakan semua jentera kerajan untuk mendakwa beliau dengan pertuduhan liwat.
Najib Razak mengikut jejak langkah sama seperti mana yang dilakukan mentor nya itu dengan menguasai media, polis, Peguam Negara dan badan kehakiman bagi menghancurkan keadilan dan menyingkirkan Anwar dari politik.
“Pertuduhan tanpa belas kasihan ini bertujuan untuk menghantar saya ke penjara ekoran kejayaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Mac 2008. Kebimbangan paling buruk mereka apabila hukuman saya berakhir dan saya bertanding untuk kerusi parlimen dan jika saya menang akan dipilih sebagai pemimpin pembangkang,” kata Anwar.
“Bukan kebetulan konspirasi baru ini timbul tiga bulan selepas Mac 2008 dan tuduhan rasmi terhadap saya hanya sebulan sebelum saya bertanding di kerusi Permatang Pauh,” ujarnya.-k/Daily

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...