Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

13 Disember 2010

Dakwaan Ummi Halfida, Utusan Terdesak Guna Senjata Lama

Usaha media pro Umno, Utusan Malaysia menampilkan kembali Ummi Halfida Ali yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan betapa terdesaknya Umno-Barisan Nasional untuk menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya.Ummi adalah adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang ditemui selepas menghadiri rancangan Fokus Berita di TVSelangor petang tadi berkata Ummi Halfida bukan seorang pakar politik atau pakar rujuk dalam apa-apa bidang malahan personaliti dan latar belakangnya juga amat dipersoalkan.

Ummi dalam temubualnya hari ini meminta Azmin agar bertaubat serta menyatakan ketranpilannya kali ini bagi menyelamatkan bangsa Melayu apabila menuduh Azmin dan Anwar cuba memusnahkan bangsanya sendiri dengan menolak konsep ketuanan Melayu.

Bagi Khalid, tindakan Umno-BN dan medianya Utusan Malaysia yang sanggup menyiarkan kenyataannya menunjukkan bukti betapa mereka begitu terdesak.

12 Disember 2010

Fakta Umno Khianat Tanah Orang Melayu

Umno Perak terutama Datuk Seri Dr Zamry Kadir ketika Pakatan Rakyat memerintah Perak antara orang yang lantang menuduh Datuk Seri Nizar Jamaluddin boneka kepada Cina DAP kerana beri tanah kepada orang Cina di Perak.

Modal yang sama juga sedang difitnah oleh jentera Umno-Barisan Nasional(BN) kepada pengundi Bukit Gantang. Fitnah kalau undi PAS/Pakatan Rakyat bermakna menggadai tanah orang Melayu kepada bangsa asing.

Ini adalah jawapan kepada Zamry dan kuncu-kuncu Umno, bahawa yang khianat tanah orang Melayu ialah pemimpin Umno, bukan PAS, bukan DAP dan bukan PKR Fakta yang Nizar kemukakan sudah cukup untuk membuktikan Umno pengkhianat kepada orang Melayu bukan Pakatan Rakyat. Sebagaimana kita sudah buktikan Umno kepala bapa penderkahaka kepada Raja-Raja Melayu.

Sekarang fakta menunjukkan Umno yang khianat tanah orang melayu dan rakyat di negeri Perak.

Kerajaan PR hanya memberi tanah 102,000 lot kampung tersusun (kebanyakan Melayu) melibatkan 7,000 ekar. Manakala 47,000 lot kampung baru (kebanyakan Cina) dan sebilangan kecil kampung adat (Orang Asli). Jumlah yang diberi kepada orang Cina adalah 3,000 ekar sahaja. Itupun tanah yang sudah diduduki orang Cina lebih daripada 70 tahun lalu.

11 Disember 2010

Tertangkapnya Saekor Toyo

DARI JELEBU : Hishamuddin Rais


Hari lelaki Jawa ini ditangkap memang dipilih dan dirancang. Sebelum lelaki Jawa ini ditangkap harga minyak dan gula telah dinaikkan. Pengumuman dilakukan pada malam Jumaat. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad Parlimen tidak bersidang. Jadi apabila berita harga barang naik diumumkan para wakil rakyat tidak dapat heboh di Parlimen. Tetiba pada pagi hari Isnin lelaki Jawa ini ditangkap. Lalu berita harga minyak dan gula naik hilang. Berita Jawa ditangkap jadi muka depan. Presto!

Umum tidak gempar apabila membaca berita Muhamad Khir Toyo seorang lelaki Jawa dari kampong Sungai Besar Selangor ditangkap. Akhbar dan media milik United Malays National Organisation meletakan gambar lelaki Jawa ini di muka hadapan seolah-olah ini satu berita paling hangat yang wajib diikuti.

Rata-rata rakyat tidak ambil pot dan tidak mengindahkan berita ini. Beberapa bulan dahulu ada berita seorang jantan China bekas ketua sebuah pertubuhanChina yang ditangkap. Berita jantan China ini agak gempar sedikit berbanding berita lelaki Jawa ini. Gempar ini mungkin kerana China ini adalah Apek tua yang telah pencen. Apek ini kelihatan sadikit uzur.

Kenapa hanya Khir Toyo?

Ahmad Lutfi Othman

Mulanya saya bercadang menyinggung isu bekalan air Selangor yang mendorong demonstrasi besar-besaran Ahad lalu. Kontroversi kenaikan kadar taraf air di negeri termaju itu, sebanyak 37 peratus, saya kira, ada kaitan dengan beberapa aduan awal saya kepada Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM) membabitkan bekas Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo, hampir sepuluh tahun lalu, berkaitan kos melampau pembekalan dan pemasangan pair air.

Di negara ini, pelbagai projek kemudahan awam, seperti bekalan air bersih dan tenaga elektrik, juga pembinaan jalan (termasuk longkang), sekolah, klinik kesihatan dan hospital kerap dimanipulasi sebagai sumber utama memperkayakan kroni dan suku-sakat elit penguasa. Nilai pembiayaan projek berkenaan melalui wang rakyat meningkat berkali ganda daripada kos sepatutnya, apatah lagi segalanya diuruskan melalui rundingan terus, sedangkan "gemuruh" tender terbuka hanya gimik politik untuk menunjukkan keterbukaan dan ketelusan.

Dalam kes di Selangor, kos membiayai proses penggantian paip air lama sepanjang 6000km membabitkan lebih RM2 bilion. Malangnya, Syabas (melalui pengerusinya, Rozali Ismail, yang bergaji hampir RM500,000 sebulan) melihat kesempatan itu untuk menimbunkan lagi kekayaan, apatah lagi syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar tarif air yang tinggi oleh kerajaan persekutuan. Bukan saja perjanjian untuk mendapatkan bekalan paip buatan tempatan tidak dipatuhi, malah Rozali sendiri dikatakan bertindak sebagai pembekal paip kepada Syabas!

Kes Palsu Mata Lebam - Surat Terbuka Ke-2 Datuk Mat Zain Kepada KPN

matalebamjpgBekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zin Ibrahim menulis surat terbuka kedua kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar agar menjalankan siasatan terperinci berhubung isu keterangan palsu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya tidak mahu melihat “nasib Pulau Batu Putih” berulang lagi.

Dalam surat terbuka kedua yang diserahkan kepada Ismail, Mat Zin berkata, pemalsuan tersebut dilakukan dengan terperinci bagi memenuhi motif-motif tertentu.

Berikut surat beliau:

Assalamualaikum wbt, Semoga YDH Tan Sri dalam sihat walfiat.

Izinkan saya dengan segala hurmatnya merujuk kepada jawapan YB Menteri Dalam Negeri bertarikh 2.12.2010 kepada persoalan yang ditimbulkan di-Parlimen oleh YB Lim Kit Siang berkaitan isu diatas.

Saya menarik perhatian Tan Sri kepada petikan jawapan tersebut; “Pihak PDRM telah membuat semakan keatas penyiasatan yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes serangan mata-lebam pada 1998.

Tiada apa apa keterangan yang boleh menunjukkan berlakunya keterangan palsu dalam penyiasatan tersebut”. Saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan pendapat saya, bahawa pendirian yang PDRM ambil dalam menyediakan jawapan tersebut adalah jauh berbeza,malahan bertentangan dengan pendirian PDRM, ketika menangani siasatan insiden ini pada 1998.

Saya wajar menegaskan bahawa pendirian PDRM ketika itu, adalah untuk menjalankan siasatan “without fear or favour; leaving no stone unturned; and to get it over with as soon as possible” dan tidak ada sebarang “cover-up” untuk sesiapa pun. Namun begitu pendirian kali ini nampaknya cenderong kepada melindungi orang-orang tertentu.

Saya berharap pendirian sedemikian yang Tan Sri ambil dalam penyediaan jawapan diatas adalah terbatas yang disebabkan oleh kekurangan bahan rujukan yang sepatutnya berada dalam kertas siasatan kes mata-lebam tersebut.

Pada ketika penyiasatan kes ini lagi, beberapa dokumen penting dalam kertas siasatan itu, pernah dihilangkan ketika ditangan Peguam Negara dan kami terpaksa menggantikannya dengan salinan pendua.

10 Disember 2010

Isu Ketuanan Melayu Dipolemik Apabila Umno Tergugat

Isu 'Ketuanan Melayu' telah dipolemikkan dengan begitu dahsyat sekali setelah Umno gagal menjaga hak dan kepentingan orang Melayu walaupun negara sudah 53 tahun mencapai kemerdekaan.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi TV Selangor berkata banyak perkara yang dilakukan oleh pemimpin Umno telah menunjukkan orang Melayu jauh ketinggalan kebelakangan daripada bangsa-bangsa yang lain maka hari ini peranannya dipertikaikan.

"Saya ingin tegaskan, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menolak institusi Raja-Raja Melayu yang mana peranannya sebagai raja berpelembagaan seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Ini selaras dengan permuafakatan bersama yang telah ditandatangani oleh ketiga-tiga pemimpin parti iaitu Lim Kit Siang (DAP), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR),"katanya.

09 Disember 2010

Barang Naik: Rakyat Jangan Undi Umno-BN Di PRU 13

Janji-janji pemimpin kerajaan BN ternyata tidak boleh dipegang kerana mereka ternyata hanya sekadar tahu berjanji tetapi tidak pula jujur dan tahu menunaikan segala janji-janjinya kepada rakyat sejak dulu, melainkan hanya sekadar mahu menggula-gulakan rakyat untuk meraih undi bagi mencapai kemenangan dalam pilihanraya.

Lebih jauh dari itu, slogan yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri juga, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" tidak boleh dipegang oleh rakyat kerana slogan tersebut hanya sekadar slogan, tetapi ia tidak pula dilaksanakan seperti yang digembar-gemburkan itu.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Mohd Salleh berkata, realiti itu terserlah apabila kerajaan BN sejak 3 Disember lalu telah mengambil keputusan menaikkan harga barangan keperluan utama rakyat, petrol, diesel, gas dan gula, sehingga menyebabkan rakyat semakin terhimpit walaupun ia telah dijanjikan tidak akan dinaikkan.

Umno BN perkemas talian hayat ‘undi pos’


Pengerusi Perkaderan Lajnah PAS Kelantan, Abdul Fattah Mahmood berkata Umno BN kini berusaha menyambung 'talian hayat'nya dalam usaha mendominasikan pemerintahan dengan memperkemaskan 'undi pos'.


Ini dilakukan setelah mereka gagal dalam usaha mengekalkan talian hayat dengan mengharapkan undi dari kaum Cina dan India di mana 'tongkat dan talian hayat' itu telah pun dipatahkan oleh Pakatan Rakyat (PR).

"Dan sekarang mereka menggunakan tongkat dan 'talian hayat' yang masih ada kepada mereka iaitu 'undi pos'. Sesungguhnya kita Pakatan Rakyat telah mengingatkan berulang kali bahawa Malaysia sebuah negara yang merdeka, sepatutnya tidak ada lagi undi pos, bahkan dihapuskan.

“Tetapi malangnya sekarang ini undi pos ini ditambahkan lagi," katanya.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri mendakwa apa yang berlaku kini isteri kepada tentera, polis dan yang terbaru anak-anak kepada polis pun diminta mendaftar untuk dijadikan undi pos.

Keputusan Speaker Lebih Parah Dari Hakim Mahkamah

YB Azmin Ali

Semasa dalam sidang medianya di lobi Parlimen Azmin berkata Pandikar yang merangkap pengerusi jawatankuasa tersebut melanggar keputusan yang dibuat olehnya pada 22 April lalu, yang mana beliau dipetik sebagai berkata orang yang dirujuk ke jawatankuasa itu akan diberi hak memberikan keterangan dan memanggil saksi-saksinya.


Tindakan Speaker Dewan Rakyat dilabel Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali sebagai lebih parah berbanding keputusan yang dibuat Hakim Datuk Augustine Paul dalam kes fitnah tehadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin yang kesal dengan tindakan Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usulnya berhubung keputusan Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen terhadap Ketua Pembangkang itu yang menghukum secara tidak adil.
Pandikar Amin Mulia


"Apa yang lebih mengejutkan hari ini, Speaker menggunakan Peraturan Mesyuarat 83(11), di mana katanya Jawatankuasa boleh enggan mendengar keterangan yang tidak berkaitan.

"Sedangkan keterangan yang akan diberikan oleh Permatang Pauh mempunyai kaitan terus dengan pertuduhan yang dibuat ke atas beliau.

08 Disember 2010

Jawatan TPM: Pakatan Rakyat Amal Dasar Terbuka, Angkat Tokoh Wibawa, Berjasa Kepada Negara

Pakatan Rakyat tidak melihat sebarang masalah dengan pemimpin berkaliber dan terbukti kebolehannya seperti Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dilantik ke jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Ketua Oposisi Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana Pakatan Rakyat tidak pernah melihat pelantikan itu di sudut rasis dan perkauman sempit tetapi melihat lebih jauh daripada itu kepada ketokohan, kewibawaan dan sumbangan seseorang pemimpin itu kepada negara tanpa mengira warna kulit, bangsa atau agama.

Anwar berkata setiap warga negara Malaysia yang berkelayakan dan menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan negara serta menjunjung Perlembagaan berhak mendapat tempat sewajarnya dalam Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat.

"Ini akan menjadi keputusan pimpinan Pakatan Rakyat. Yang saya tidak bersetuju ialah bagaimana isu ini dilaporkan oleh media yang dikuasai Umno, yang memberi gambaran seolah-olah saya pro-Cina.

"Saya ingin bertanya mengapa kita menafikan sebarang warga negara yang mempunyai kemampuan dan keupayaan termasuk Lim, hanya kerana dia seorang Cina?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...