Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi TV Selangor berkata banyak perkara yang dilakukan oleh pemimpin Umno telah menunjukkan orang Melayu jauh ketinggalan kebelakangan daripada bangsa-bangsa yang lain maka hari ini peranannya dipertikaikan.
"Saya ingin tegaskan, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menolak institusi Raja-Raja Melayu yang mana peranannya sebagai raja berpelembagaan seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
"Ini selaras dengan permuafakatan bersama yang telah ditandatangani oleh ketiga-tiga pemimpin parti iaitu Lim Kit Siang (DAP), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR),"katanya.
