Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

30 Julai 2010

Guru Dibenarkan Berpolitik Disebabkan Umno-BN Kekurangan Sokongan Dikalangan Guru-Guru Melayu


Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Nordin Mahmood menjangka langkah kerajaan membenarkan golongan guru berpolitik semula demi meraih semula sokongan di kalangan guru-guru Melayu adalah kurang bijak kerana ia bakal mencetuskan diskrimainasi pemilihan berpandukan jalur kepartian.
Ketika dihubungi Suara Keadilan, Nordin yang juga bekas Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meramalkan guru yang memohon untuk melibatkan diri dalam parti politik kerajaan akan memperoleh keistimewaan sementara bagi mereka yang memohon untuk parti pembangkang - Pakatan Rakyat akan diketepikan. 
Justeru itu sambil menyambut baik langkah tersebut, beliau melahirkan kebimbangan peluang demikian tidak mungkin adil pada peringkat pelaksanaannya.  
"Saya merasakan kebenaran berpolitik membabitkan 140,000 guru siswazah tidak mendapat sambutan yang baik daripada guru-guru kerana guru-guru sekarang ini lebih berminat dengan parti politik pembangkang iaitu Pakatan Rakyat dan amat sedikit bilangannya yang menyokong parti kerajaan Umno-Barisan Nasional. 

29 Julai 2010

Perpaduan Antara UMNO-PAS Tidak Akan Wujud Meskipun Ketiadaan Mursyidul Am Nik Aziz

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kerjasama Umno-PAS tidak akan menjadi realiti meskipun tanpa ketiadaan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Umno beranggapan bahawa Nik Aziz menjadi halangan besar bagi kerjasama politik dan perpaduan antara Umno-PAS, idea yang dicetuskan berulang kali sejak selepas 8 Mac 2008.

“PAS tetap dengan pendirian tidak akan bekerjasama dengan Umno berdasarkan pengalaman lalu dan tanpa bersandarkan prinsip.

“Pemimpin PAS juga menolak kerjasama ini,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen dalam temu bual disiarkan hari ini sempena lawatan ke Kumpulan Media Karangkraf semalam.

28 Julai 2010

Jika Umno Kalah, Apakah Kuasa Politik Melayu Akan Hilang?


Benarkah Melayu Hilang Kuasa Dalam PRU 13                              
kalamperantau.wordpress.com

Sekarang ini kerjasama Umno dan PAS menjadi topik yang menghangatkan suasana politik Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang tidak berapa lama lagi. Banyak pihak menyarankan, PAS dan Umno berdialog dalam suasana penuh ikhlas dengan hati terbuka demi memastikan Melayu tidak hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Saya tidak pasti atas logik apa, jika Umno kalah, kuasa politik orang Melayu akan hilang? Banyak pihak terpedaya dengan teori-teori ahli akademik tertentu yang menjadi pengulas-pengulas politik tanahair dan tidak pernah terjun kelapangan politik secara langsung.

Bila kerusi yang dimiliki oleh Umno, beralih kepada PAS, kuasa orang Melayu tetap kekal kalaupun tidak lebih baik. Manakah bukti Pas rugi kepada Melayu dan Islam ketika bersama PR? Malah dalam usaha hendakkan kerusi Melayu bertambah, calon PAS, Dr Siti Mariah Mahmud bertanding di kerusi pengundi Melayu kurang daripada 50 peratus di Parlimen Kota Raja.

 Sahkan penglibatan pegawai yang sokong BN sahaja


 Pengumuman Ketua Setiausaha Negara (KSN) bahawa pegawai pendidikan (guru) grad DG41 ke DG48 boleh aktif politif bukan satu dasar baru kerana ia telah diamalkan sebelum ini.

Namun pengumuman KSN itu hanya mengesahkan penglibatan mereka dalam Umno atau lain-lain parti BN sahaja, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Apabila mereka memerlukan pengesahan pihak atasan bermakna mereka tidak bebas sebenarnya. Hanya mereka yang menyokong BN sahaja akan mendapat kelulusan dan yang hendak sokong pembangkang hanya menghulurkan kepala mereka sahaja untuk dipancung.

"Hasilnya tiada kebebasan sebenarnya," kata Mustafa dalam satu kenyataannya kepada media.

27 Julai 2010

Umno-BN Arah Pegawai Kerajaan Pusat Tidak Bekerjasama Dengan Kerajaan Pakatan Rakyat


Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus bukan sahaja menunjukkan sikap dwi standard, tetapi juga menggalakkan pegawai perkhidmatan awam supaya tidak bekerjasama dengan pentadbiran kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua turut membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuba mempertahankan pegawai kerajaan yang disifatkan beliau sebagai 'Napoleon kecil' dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

26 Julai 2010

Umno Terdesak, Isu Perpaduan Melayu Ditonjolkan Kembali

Hentikan Kezaliman, Tegakkan Keadilan: Penyelesai Isu Perpaduan Melayu dan Islam.- Mohd Nur Manuty

Untuk kesekian kalinya, isu perpaduan Melayu ditonjolkan oleh UMNO lagi. Parti yang bernafas lama hasil luapan sentimen perkauman ini amat menyedari bahawa kedudukan politiknya adalah semakin terdesak dan terancam. Sokongan orang Melayu terutamanya generasi muda semakin menurun. Sokongan orang bukan Melayu pula kini amat terhakis. Gelombang sokongan rakyat di Sabah dan Sarawak jelas sudah beralih kepada Pakatan Rakyat. Lantaran, UMNO sedang menggunakan politik michevelli yang dianutinya. Isu perpaduan Melayudikumandangkan lagi sebagai strategi perang psikologi memecahbelah Pakatan Rakyat. Ini dilakukan selepas gagal menggunakan fitnah ‘liwat’, membeli wakil-wakil rakyat PR dan menuduh Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat Melayu, agen Yahudi, CIA dan Amerika Syarikat serta berbagai tuduhan lagi. Dalam masa yang sama media penyampai maklumat kepada rakyat cuba disekat dengan harapan ‘psywar’ yang dilancar ini menjadi.

25 Julai 2010

Videoclip : Ezam memutarbelit fakta di ceramah 'Selamatkan Selangor Darul Ehsan'


Ezam yang telah dilantik sebagai Senator oleh Najib atas atas kebolehan beliau yang sukar ditandingi oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang lain dalam mengutuk Anwar Ibrahim dilaporkan telah dikerahkan untuk mengetuai siri ceramah ‘Selamatkan Selangor Darul Ehsan dari UMNO’opps silap.. ‘Selamatkan Selangor Darul Ehsan’

Paluan gendang perang mereka yang kedengaran seperti kentut itu telah kedengaran bermula di Shah Alam dan Kota Raja dimana Noh Omar, Satim Diman, Abdul Shukor Idrus turut sama memutar belitkan fakta mengenai aktiviti perlombongan pasir secara haram yang disensasikan oleh UMNO Selangor, biarpun hakikatnya ianya telah bermula dari semenjak zaman Khir Toyo lagi.

Pesanan agar kembali menyokong UMNO/BN juga telah disampaikan oleh tuan rumah iaitu Nawawi di Shah Alam dan Ir Kamaruzaman Johari di Kota Raja.

Biarpun ada yang memberikan ceramah itu bertaraf Menteri kehadiran mereka itu bolehlah dianggap sebagai meramaikan majlis sahaja.. bukan sebagai daya penarik kerana selain dari wang ringgit mereka itu tiada daya penarik langsung.



Penceramah utama mereka ialah Senator Ezam yang suatu masa dulu terkenal dengan kotak-kotak dan sumpahnya.



Dihadapan lebihkurang 250 orang yang hadir menurut Malaysiakini atau 200 orang menurut The Malaysian Insider, Ezam seperti yang dijangkakan hanya tahu bercakap mengenai Anwar Ibrahim dan hanya sedikit mengenai Isu Pasir yang kini dimainkan oleh UMNO Selangor.



Disebabkan majority dari 200 atau 250 orang yang hadir itu datangnya dari saluran satu atau warga emas jadi tugas Ezam untuk menipu mereka menjadi mudah disini.

Ketika mengulangi dakwaan bahawa Anwar pro-Yahudi, yang boleh dibuktikan dengan tindakan cuba memujuk kumpulan itu di Amerika Syarikat, seperti dilaporkan Washington Post. Ezam juga secara tidak langsung mengakui bahawa UMNO/BN menggunakan khidmat syarikat yang dikuasai oleh Yahudi 
.

Menurutnya , tindakan itu tidak boleh disamakan dengan tindakan kerajaan pusat yang mendapatkan khidmat perunding antarabangsa Apco Worldwide.

"Bezanya Apco ini kerja untuk kita," katanya tanpa menyatakan UMNO/BN membayar perkhidmatan itu sebanyak RM77 Juta.

Menurut sumber yang berada di lokasi ceramah di sini Ezam telah mendahului Mahkamah dalam membuat keputusan tentang kes tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim.

Secara terbuka beliau telah mengatakan "Anwar Ibrahim bukan hanya Peliwat Politik tetapi beliau adalah seorang PELIWAT..."

Ezam hanya mengatakan "Saya tinggalkan PKR dan Anwar tidak melibatkan satu senpun, demi Allah!" katanya.

Tetapi tidak bersumpah untuk menyokong dakwaannya bahawa beliau masuk Umno bukan kerana wang.

Kalau diperhatikan dalam ucapannya Ezam telah mengatakan US telah menolak Anwar sebagai kawan, kemudian dia bercakap pula yang Anwar begitu di hormati oleh pihak di Washington post..

Dengar betul-betul pada permulaan videoclip bagaimana dia mempermainkan kematian Teoh Beng Hock dan dengar juga apa gelaran yang diberikannya kepada Mahfuz.

Lagi apa dia kata korang tengoklah videoclip dibawah ni..






 Sumber -AnakSungaiDerhaka

24 Julai 2010

Pas Tetap Kuasai Politik Melayu


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang(gambar) menegaskan orang Melayu tidak patut risau kerana “kuasa politik orang Melayu masih lagi di tangan orang Melayu.”
Hadi membuat penegasan itu dengan mengambil kira bahawa orang Melayu adalah penduduk majoriti negara ini. 
Bulan lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali mendakwa orang Melayu negara ini akan dipinggirkan dalam kuasa politik, sekali gus menjadi kuasa minoriti sebagaimana disaksikan di Singapura.
Membicarakan soal sokongan masyarakat Melayu, Hadi bagaimanapun menimbulkan persoalan sama ada orang Melayu bersama dengan Umno ataupun dengan PAS.
“Soalnya adakah orang Melayu bersama dengan Umno atau bersama dengan PAS?" kata Hadi.
Hadi berkata sekiranya sokongan masyarakat Melayu mengalir kepada parti Islam terbesar tanahair itu, maka tidak timbul isu kuasa politik Melayu.
“Sekiranya orang Melayu bersama dengan PAS, orang Melayu tetap menjadi teras politik,” kata Hadi.

22 Julai 2010

Jangan Percaya Mainan Media Arus Perdana

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (gambar) mengajak pemimpin dan ahli PAS di semua peringkat tidak terjerumus dalam mainan media Umno berhubung isu kerjasama Umno-PAS.

Peringatan itu dilontarkan bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung kenyataan balas pemimpin yang sering diputar belit media arus perdana.

"Saya selaku Timbalan Presiden PAS ingin menegaskan bahawa semua ahli dan pimpinan PAS supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana.

"Kebelakangan ini, isu kerjasama antara PAS dan Umno kembali dipaparkan oleh media-media arus perdana sehingga mengelirukan sebahagian ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya.

21 Julai 2010

Umno Minta Belas Kasihan Dari Pas Untuk Menyelamatkan Mereka - Zaid Ibrahim

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan parti itu terlalu terdesak sekarang sehingga sanggup meminta belas kasihan dari PAS untuk menyelamatkan mereka.

"Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka.  Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah Umno yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.’

"Yang terakhir sekali, Presiden Umno meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat.

"Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia," kata Zaid (gambar) dalam blognya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...