Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

24 Julai 2010

Pas Tetap Kuasai Politik Melayu


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang(gambar) menegaskan orang Melayu tidak patut risau kerana “kuasa politik orang Melayu masih lagi di tangan orang Melayu.”
Hadi membuat penegasan itu dengan mengambil kira bahawa orang Melayu adalah penduduk majoriti negara ini. 
Bulan lalu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali mendakwa orang Melayu negara ini akan dipinggirkan dalam kuasa politik, sekali gus menjadi kuasa minoriti sebagaimana disaksikan di Singapura.
Membicarakan soal sokongan masyarakat Melayu, Hadi bagaimanapun menimbulkan persoalan sama ada orang Melayu bersama dengan Umno ataupun dengan PAS.
“Soalnya adakah orang Melayu bersama dengan Umno atau bersama dengan PAS?" kata Hadi.
Hadi berkata sekiranya sokongan masyarakat Melayu mengalir kepada parti Islam terbesar tanahair itu, maka tidak timbul isu kuasa politik Melayu.
“Sekiranya orang Melayu bersama dengan PAS, orang Melayu tetap menjadi teras politik,” kata Hadi.
Hadi berkata, orang Melayu tidak lagi harus dipimpin oleh Umno, sebaliknya oleh PAS kerana semua kaum di Malaysia menerima orang Melayu adalah teras politik.
Beliau menegaskan Pas komited mengantikan teras nasionalisma fanatik, tidak bertimbang rasa, oportunis dan menghakis kuasa ekonomi orang Melayu kepada teras baru yang berpaksikan kepada Islam yang syumul.
“Ia boleh menyelamatkan orang Melayu dalam masa yang sama menyelamatkan kaum yang lain daripada pertembungan yang boleh merosakkan kita dalam negara ini,” tegas Hadi.
Beliau juga berkata, sudah tiba masanya untuk Umno-BN berehat dan bercuti daripada memimpin negara untuk membina partunya dan membentuk dirinya semula.
Mengenai kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, Hadi berkata kerjasama yang sangat baik dan positif wujud selepas Konvensyen Pakatan Rakyat Disember lalu.
"Apabila kita telah berjaya meluluskan satu resolusi yang diterima oleh Pakatan Rakyat khususnya DAP iaitu menerima Islam sebagai agama Persekutuan,” kata Hadi./ TVS

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...