Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

16 Julai 2010

Muhyiddin Gila Talak Pujuk Pas Kerjasama Dengan Umno

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengganggap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedia berbincang dengan PAS sama ada secara rasmi atau untuk sekadar menjalinkan kerjasama demi perpaduan Melayu adalah komentar seorang yang sedang mengidap demam panas, meracau selain bersifat gila talak.
"Saya melihat kenyataan Muhyidin ini umpama seorang yang sedang demam panas dan meracau, biasanya bila badan terlalu panas seseorang itu tidak dapat berfikir secara waras dan percakapan yang dikeluarkan itu tidak seperti orang yang normal.
"Kenyataan itu juga mengambarkan Umno di bawah pimpinan Timbalan Presiden itu sedang gila talak kerana sentiasa memberi kenyataan kerjasama sedangkan PAS telah bertegas tidak mahu bekerjasama dengan Umno. Sebelum ini mereka mengatakan PAS parti yang sesat tetapi masih lagi ingin bekerjasama, ini persoalannya.
"Kenyataan Muhyiddin menunjukkan Umno sekarang berada dalam keadaan yang cukup kritikal serta lemah. Umno terdesak sehingga sanggup bekerjasama dengan PAS setelah mereka kehilangan sokongan dari kaum Cina pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, keadaan ini semakin parah apabila penolakkan kaum Cina kepada Umno-Barisan Nasional semakin parah.
"Timbul fenomena baru di dalam negara ini apabila ada kelompok Melayu yang telah secara terbuka mengkritik kepimpinan Umno, sebelum ini tidak pernah ada kelompok Melayu yang berani bertindak sedemikian. Kita melihat bila wujudnya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang sentiasa mengkritik pentadbiran Umno menyebabkan parti itu terus hilang keyakinan terhadap sokongan Melayu sehinggakan Umno merasa demi menyelamatkan mereka maka kerjasama dengan PAS perlu ada.
"Perkasa tidak menjadi ancaman kepada Pakatan tetapi merupakan ancaman besar kepada Umno-BN, Sekarang ini kita lihat Perkasa telah menarik ramai ahli Umno dan perkara sebegini telah membuka mata orang Melayu, tindakan kritikan yang dilakukan oleh Perkasa ini menakutkan Umno," jelasnya.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS menambah Umno berada dalam kritikal dalam sokongan orang Melayu, kemerosotan sokongan semakin teruk apabila Perkasa semakin berani bersuara. Bagi PAS sokongan terhadap parti itu tidak pernah merosot malah menunjukkan peningkatan.
"Di sebabkan kekurangan sokongan maka PAS menjadi talian hayat kepada Umno, PAS sudah jelas kita tidak akan tanggung 'biawak hidup' dan orang Melayu sendiri tahu siapa sebenarnya pengkhianat bangsa. PAS tetap berpegang kepada resolusi bersama yang telah dipersetujui semasa kongres Pakatan Rakyat sebelum ini, kita akan pastikan hak orang Melayu terus terbela.
"Tak timbul masalah kerjasama kerana PAS terus melindungi kedudukan orang Melayu, Umno jangan bimbang Melayu akan lebih terjamin dan maju tanpa Umno," tegas beliau lagi.
Sebelum itu Muhyidin mengeluarkan hasrat untuk bekerjasama dengan PAS setelah mendengar pendapat anggota Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Lokman Nor Adam yang berkata hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan dasar Islam akan menjadi kenyataan sekiranya PAS dan Umno bersatu.- SK

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...