
Suhaimi Mokhtar
Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan kematian Mustafa Kamal Atartuk baru-baru ini ketika membuat lawatan resmi ke Turki. Amerika Syarikat (AS) dan barat memberi pengiktirafan, Atartuk sebagai bapa sekularisme dan pengasas Turki Moden.
Tiada pemimpin dunia termasuk pemimpin-pemimpin dari negara umat Islam yang berkunjung ke Turki tidak memberikan penghormatan kepada Kamal Atartuk sebagai salah satu acara resmi di negara umat Islam yang mempertahankan sekularisme habis-habisan itu, walaupun ia kini ditadbir oleh parti AK pimpinan Abdullah Gul dan Racip Tayyeb Erdogan,masing-masing sebagai Presiden dan PM.
Parti AK tidak mampu menukar tradisi ini kerana kuasa tentera di Turki yang mempertahankan amanah sekularisme yang diasaskan oleh Atartuk. Jika ada pihak yang cuba menukar asas sekularisme ini, pihak tentera akan bertindak merampas kuasa seperti yang pernah berlaku terhadap kerajaan Erbakan yang memerintah dalam waktu yang singkat. Erbakan meninggal dunia baru-baru ini.
