Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama - Saifuddin Nasution.
Zainal Abidin Nor
Fitnah telah menjadi budaya dan amalan Umno sejak sekian lama, malah disaat parti itu kehilangan sokongan, fitnah adalah satu-satu senjata mereka untuk terus berkuasa.
“Oleh itu penerbitan video seks palsu bertujuan memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengejutkan,” kata Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution Ismail.
Menurut beliau, walau pun bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan beberapa individu tampil menyatakan mereka terlibat, dua tokoh berpengaruh dalam Umno iaitu bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah mereka yang harus memikul tanggungjawab.
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
Memaparkan catatan dengan label Mahathir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mahathir. Papar semua catatan
29 Mac 2011
05 Mac 2011
Mahathir, Najib Penyambung Perjuangan Atartuk

Suhaimi Mokhtar
Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan kematian Mustafa Kamal Atartuk baru-baru ini ketika membuat lawatan resmi ke Turki. Amerika Syarikat (AS) dan barat memberi pengiktirafan, Atartuk sebagai bapa sekularisme dan pengasas Turki Moden.
Tiada pemimpin dunia termasuk pemimpin-pemimpin dari negara umat Islam yang berkunjung ke Turki tidak memberikan penghormatan kepada Kamal Atartuk sebagai salah satu acara resmi di negara umat Islam yang mempertahankan sekularisme habis-habisan itu, walaupun ia kini ditadbir oleh parti AK pimpinan Abdullah Gul dan Racip Tayyeb Erdogan,masing-masing sebagai Presiden dan PM.
Parti AK tidak mampu menukar tradisi ini kerana kuasa tentera di Turki yang mempertahankan amanah sekularisme yang diasaskan oleh Atartuk. Jika ada pihak yang cuba menukar asas sekularisme ini, pihak tentera akan bertindak merampas kuasa seperti yang pernah berlaku terhadap kerajaan Erbakan yang memerintah dalam waktu yang singkat. Erbakan meninggal dunia baru-baru ini.
Langgan:
Catatan (Atom)

