Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
18 Januari 2014
Tapak gereja Tanjung Karang dilulus MB Umno sejak 1980
Umno akan menggunakan stretegi Islam sebagai agama pecah belah dan adu domba dengan memberi gambaran kepada orang Islam bahawa mereka sedang diancam dengan musuh di kalangan penganut Kristian dan masyarakat Cina.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan, strategi baru Umno-BN ini akan terus digunakan selepas keputusan pilihan raya umum (PRU) 2008 dan 2013 menunjukkan masyarakat bukan Islam tidak memberi sokongan kepada BN.
Beliau memberi contoh dakwaan dilemparkan Umno kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memberi tanah kepada penganut Kristian untuk membina gereja di Tanjong Karang sedangkan tapak gereja di lot 178 dengan keluasan 14,000 kaki persegi itu telah didaftarkan pada 2 Mac 1980 oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Hormat Rafie.
13 Januari 2014
Isu kalimah Allah agenda politik - Aziz Bari
Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari mempersoalkan siapa sebenarnya keliru dalam isu kalimah Allah yang telah ditimbulkan sejak kebelakangan ini.
Beliau pada program wacana "Polemik Kalimah Allah dan Rampasan Bible, antara undang-undang dan sensitiviti agama" anjuran PAS Lembah Pantai semalam di KL Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) menjelaskan golongan yang keliru adalah mereka yang tidak mengetahui apa itu Islam secara mendalam.
"Saya tidak nampak siapa yang keliru dalam isu ini, penjelasan daripada penganut Kristian dan mereka yang hadir mendengar wacana tidak ada seorang pun yang keliru.
"Malah di luar sana kebanyakkan mereka boleh menerima kerana tidak ada satu pun ancaman yang timbul.
Najib perlu contohi ketegasan Tayyip Erdogan
Kerajaan BN khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri digesa untuk belajar daripada ketegasan prinsip Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia Dr Raja Ahmad Al His berkata, banyak perkara yang wajar dicontohi Najib bukan sahaja dari sudut ketegasan prinsip Edorgan itu, tetapi juga kejayaan pentadbiran beliau.
Dunia melihat bagaimana lantangnya Erdogan mengutuk keras kerajaan kudeta Mesir sewaktu tumbangnya Dr Morsi ditangan rejim As Sisi.
11 Januari 2014
1.7 juta penganut Kristian tidak mampu tukar agama rasmi negara
Bilangan penganut Kristian yang berjumlah kira-kira 1.7 juta di negara ini tidak akan mampu menjadikan Malaysia sebuah negara Kristian berbanding umat Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini iaitu sebanyak 55%, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Ahli Parlimen PAS Parit Buntar itu berkata, belum pernah ada negara di dunia ini yang didirikan di atas konsep negara Kristian sebaliknya apa yang diterangkan dalam Bible adalah “Kingdom of Heaven” seperti yang diajarkan Nabi Isa.
“Bilangan penganut Kristian Katolik di Malaysia hanya 1.7 juta orang. Bagaimana jumlah itu boleh menjadikan negara ini sebagai negara Kristian ketika 55% lagi terdiri daripada orang Islam. Saya mesti belajar daripada penganut Kristian jika mereka melakukan ini.
08 Januari 2014
Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara
Sekembalinya daripada percutian hujung tahun dan negara diselebungi dengan pelbagai masalah serta kekalutan, Perdana Menteri, Najib Razak seperti tidak menyembunyikan kekecewaan sepanjang hanya tidak sampai dua minggu ketiadaannya. Dalam kemunculan sulungnya di tahun 2014 ini iaitu berucap di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri semalam, antara perkara yang disentuh Najib dalam ucapannya ialah meminta semua pihak bertenang dan mengikut saluran undang-undang dalam isu berkaitan kalimah Allah yang kembali hangat ketika ini.
Isu kedua yang disentuh Najib ialah berkenaan subsidi dan dengan tegas beliau menyatakan bahawa rasionalisasi subsidi akan tetap diteruskan sebagaimana yang dirancang oleh kerajaan. Ini bermakna selepas pemotongan subsidi beberapa bulan lalu yang menyaksikan kenaikan harga minyak dan petrol, di masa mendatang ini akan berlaku lagi beberapa kenaikan akibat pemotongan subsidi yang akan dilakukan oleh kerajaan.
06 Januari 2014
Najib tidak harus dipertahankan lagi
Majoriti rakyat dan hampir semua kelompok masyarakat hidup dalam keadaan tertekan dan tidak gembira lagi sekarang ini. Tidak seperti sebelumnya, tahap kegembiraan rakyat kini berada pada kadar paling rendah sekali, malah sesetengahnya mungkin negatif kegembiraannya.
Rakyat biasa yang berpendapatan rendah dan sederhana sedang memikul kos sara hidup yang lebih tinggi daripada biasa akibat kenaikan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini dan terus bertambah seiring dengan kedatangan tahun 2014.
Mereka yang ingin meluahkan perasaan terhadap kerajaan akibat kenaikan itu bertambah lagi tertekan hidupnya apabila digelar "bughah" atau penderhaka dan dikategori sebagai halal darahnya untuk dibunuh. Walaupun fatwa dan pendapat daripada Mufti Perak, Harussani Zakaria mengenai hal ini masih boleh dipertikai, diperdebat dan disangsikan, hakikatnya agama bukan lagi dipergunakan untuk menggembirakan umat, sebaliknya lebih dijadikan alat untuk membodek dan pengampu penguasa demi kepentingan peribadi.
05 Januari 2014
Blog pro-Umno dedah PM ada jet mewah baru?
D:ua blog pro-Umno bigdogdotcom dan Rocky’s Bru mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini terbang ke seluruh negara menggunakan jet mewah baru.
Dalam tulisan di blog tersebut kedua mereka membangkitkan pesawat Airbus ACJ320 dengan nombor 9H-AWK – dikenali “Perdana 2″ atau “NR2″ – yang kebetulan sama dengan huruf singkatan Najib.
Baca lagi DI SINI
03 Januari 2014
'Fatwa' Harussani songsang, menyesatkan - Dewan Ulamak
Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan kenyataan terbaru Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang melabel perserta perhimpunan pada 31 Disember lalu sebagai 'bughah' (pemberontak) dan halal darahnya, sebagai fatwa songsang.
Ketua penerangan dewan itu, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, 'fatwa' Harussani itu sangat mendukacitakan dan menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah.
"Kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani bahawa para demonstrator pada 31 dis 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini sebagai "bughah" dan "halal darah" amat mendukacitakan kerana ia menggambarkan kegagalan seorang mufti memahami hukum bughah dalam Islam.
01 Januari 2014
Potong RM1,698 namun bazir RM6.8 bilion
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya memotong RM1,698 elaun keraiannya sebulan berbanding peruntukan berjumlah berbilion ringgit untuk program-program berbentuk kempen politik, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (gambar).
Menurut Rafizi, daripada sejumlah RM6.8 bilion yang diperuntukkan kepada Najib untuk projek-projek berbentuk kempen politik, tiada sesen pun dipotong melalui dana fasilitasi sebanyak RM4 bilion, penyusunan masyarakat (RM900 juta), program mesra rakyat (RM665 juta), program pembangunan (RM1.1 bilion) dan projek khas (RM202 juta).
"... sedangkan perbelanjaan sebeginilah yang menyebabkan wang rakyat dibazirkan dengan sewenang-wenangnya," tegas Rafizi dalam kenyataan medianya hari ini.
Labels:
698 namun bazir RM6.8 bilion,
Potong RM1
31 Disember 2013
Pemikiran pelik pemimpin Umno
Pelik juga memikirkan kata-kata Ketua Wanita Umno Bahagian Kuantan Datuk Zaiton Mat yang mencadangkan agar pihak yang tidak suka kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya meninggalkan negara ini.
Kata-katanya ini menimbulkan kemarahan dan kritikan pelbagai pihak, termasuklah di kalangan sesetengah tokoh Umno sendiri yang tidak bersetuju dengan kata-kata tersdebut, yang sedar akan situasi yang ada sekarang.
Bayangkan, bagaimanakah rakyat Malaysia yang sah sebagai warganegara tiba-tiba mahu disuruh meninggalkan negara ini, hanya kerana rakyat prihatin ini tidak bersetuju dengan dasar dan langkah kerajaan terutamanya mengenai kenaikan harga barang, menyebabkan mereka mahu berhimpun membantah kenaikan tersebut.
Labels:
Pemikiran pelik pemimpin Umno
Langgan:
Catatan (Atom)






