Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

18 Januari 2014

Tapak gereja Tanjung Karang dilulus MB Umno sejak 1980


Umno akan menggunakan stretegi Islam sebagai agama pecah belah dan adu domba dengan memberi gambaran kepada orang Islam bahawa mereka sedang diancam dengan musuh di kalangan penganut Kristian dan masyarakat Cina.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan, strategi baru Umno-BN ini akan terus digunakan selepas keputusan pilihan raya umum (PRU) 2008 dan 2013 menunjukkan masyarakat bukan Islam tidak memberi sokongan kepada BN.

Beliau memberi contoh dakwaan dilemparkan Umno kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memberi tanah kepada penganut Kristian untuk membina gereja di Tanjong Karang sedangkan tapak gereja di lot 178 dengan keluasan 14,000 kaki persegi itu telah didaftarkan pada 2 Mac 1980 oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Hormat Rafie.



Tambah beliau, tanah tersebut telah dipindah milik pada 26 April 1982 kepada Setiausaha Majlis Gereja Methodist Malaysia dan geran tanah tersebut dikhaskan untuk pembinaan gereja.

"Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Noh Omar sudah tahu, BN sudah tahu lama dah, tapi oleh kerana pada masa itu sokongan orang bukan Islam padu kepada mereka, maka mereka tidak jadikan ia satu isu," katanya.

Menurut beliau, bagi PAS apabila tanah itu sudah menjadi hak untuk pembinaan gereja maka PAS menerima hakikat bahawa mereka (penganut Kristian) berhak membina gereja di atas tanah yang telah dibeli.

"Tanah itu dibeli dan telah ditukar syarat sejak 30 tahun lepas. kenapa Umno tidak bising dari dulu tetapi kenapa baru sekarang hendak bising," soalnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menegaskan, kewujudan gereja di kawasan penempatan majoriti penganut Islam bukan menjadi masalah kerana Masjidil Aqsa di Baitulmuqadis juga terletak berhampiran gereja yang wujud sejak sebelum zaman Rasulullah s.a.w.

Isu pembinaan gereja di kawasan majoriti penduduk Islam ini, jelas beliau dimainkan Umno sebagai strategi memperalatkan sentimen agama bagi mengadu domba rakyat sedangkan Islam adalah agama rahmat untuk semua.

"Ini merupakan satu perkembangan yang menyebabkan kekhuatiran kerana ia akan menimbulkan ketegangan dan suasana yang tidak sihat dalam negara," tegasnya.- Harakahdaily

1 ulasan:

martoiriat berkata...

Kenyataan begini hanya fitnah semata -mata tanpa fakta yg betul. Jelas disini UMNO kehilangan modal utk berdepan PR dan cuba memain peranan sebagai pembela melayu. Tapi disebaliknya mereka pengkhianat serta dalang kpd runtuhnya istitusi agama dan bangsa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...