Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

15 Februari 2011

Anwar Dianggap Ancaman Paling Besar Kepada Umno


Ujian Atas Saya Kecil Berbanding Para Anbiya

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ujian yang beliau terima sekarang sebagai kecil sahaja berbanding dengan ujian yang dihadapi oleh para Anbiya.


Justru itu, beliau yakin fitnah yang beliau hadapi ini akan lenyap juga akhirnya.

"Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua," kata Anwar.

Anwar berkata demikian dalam perutusan beliau sempena dengan Maulidur Rasul yang bakal disambut oleh umat Islam esok.

Sejak dipecat dari timbalan perdana menteri, Anwar tidak pernah berhenti dari menerima pelbagai tuduhan dari musuh-musuh politiknya

14 Februari 2011

Jika Pakatan Rakyat Dapat Memerintah, Buku Jingga Akan Ganti Dasar Ekonomi Baru

Saifuddin : Buku Jingga Sesuai Ganti DEB


Saifuddin Nasution
Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga akan menggantikan sepenuhnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang gagal dilaksanakan oleh Umno-Barisan Nasional.

Sehubungan itu, gagasan itu mengharapkan rakyat memilih untuk menukar tampuk pemerintahan bagi membuktikan keberhasilan dasar baik yang dimuatkan dalam ikrarnya bersama-sama PAS, PKR dan DAP.

" Kita (Pakatan Rakyat) bukan tampil dengan formula untuk memperbaiki tetapi kita tampil dengan dasar dan formula untuk merubah, menggantikan dasar. Buku Jingga ini ialah satu formula, satu dasar, digunakan untuk menggantikan dasar-dasar usang yang dibuat oleh Umno-Barisan Nasional,"

Rakyat Akan Bangkit Jika Ditindas, Dizalimi Serta Kebebasan Suara Disekat

Dr Asri Zainol Abidin
Dr Asri :Rakyat Akan Bangkit Jika Terus Ditindas.

Bekas Mufti Perlis Mohd Asri Zainol Dberkata tidak mustahil kuasa rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mubarak di Mesir berlaku di Malaysia jika penduduk negara ini tidak tahan dengan kekangan dan penindasan.

Beliau berkata walaupun Malaysia jauh makmur berbanding Mesir, rasa tidak puas hati rakyat boleh dicetuskan oleh aspek lain seperti kebebasan bersuara yang terhakis.

"Dari segi kemiskinan kita tak sama, Mesir ada 42 peratus rakyat di bawah taraf kemiskinan. Dari segi faktor yang menyumbang ruang seperti Internet, mungkin Malaysia lebih. Tapi ketidakpuasan hati rakyat itu berbeza mengikut negara. Negara miskin mungkin tak puas hati kerana tak ada makanan. Negara yang lebih 'educated' mungkin tak puas hati kerana tiada kebebasan menyuarakan pendapat," katanya.

13 Februari 2011

Eksekutif Google Diangkat Sebagai Wira Kebangkitan


Eksekutif pemasaran serantau syarikat enjin carian Internet terkemuka dunia Google, Wael Ghonim (gambar) menyatakan beliau sangat gembira apabila mendengar berita peletakan jawatan Presiden Mesir, Hosni Mubarak lewat malam semalam.

Aktivis siber itu diangkat sebagai ikon revolusi kerana menghasilkan satu akaun Facebook untuk seorang mangsa kekejaman polis yang akhirnya menjadi pencetus kepada kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahan Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 25 Januari lalu.

Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhaka

Hafiz Zainuddin
Sumber Gambar: Reuters
Pagi masih awal. Sekumpulan demonstran sedang membuat senaman ringan. Ada yang masih lena tidur, dingin diselimuti hawa pagi. Pihak tentera bertukar giliran mengawal keadaan. Khemah-khemah besar kelihatan merata-rata. Dataran Tahrir telah menjadi tempat tinggal bagi sebahagian besar warga. Begitulah fenomena di Kaherah sekarang ini. Rakyat Mesir sedang menunggu era kegemilangan mereka.


Sejak bermulanya revolusi lebih kurang tiga minggu lalu, ekonomi Mesir telah lumpuh. Kedai-kedai, pejabat dan perusahaan telah ditutup. Sebahagian besar pekerja sibuk membuat kerja baru mereka kepada negara; menurunkan pemimpin melalui jalan raya! Kerajaan Mesir mahu "krisis ini dihentikan segera". Rakyat sudah tidak peduli malah makin seronok berdemonstrasi.

Demonstrasi adalah pesta demokrasi. Seorang teman saya melawak. Beliau berkata bahawa demonstrasi di Mesir ini sudah menjadi sebuah budaya yang dilihat cool dan hip. Walaupun protes ini telah mengorbankan sekitar 300 orang, rakyat Mesir sama sekali tidak gentar malah semakin berani dan bersemangat. Perjuangan untuk membebaskan negara dari cengkaman kukubesi harus diteruskan!

Mesir: Suara Rakyat kuasa Penentu, Hosni Mubarak Disingkir

Suara rakyat suara keramat, tumbangnya rejim diktator Hosni Mubarak



Rakyat Mesir bangkit setelah penguasa zalim, rasuah, demokrasi disekat, media dikongkong dan ekonomi diberikan kepada kroni-kroni, rakyat terus menderita

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (LA DPPP) mengucapkan tahniah di atas kemenangan kuasa rakyat Mesir memaksa perletakan jawatan Hosni Mubarak sebagai Presiden Mesir setelah diasak selama 18 hari.

“Kemenangan ini bukan hanya kemenangan rakyat Mesir tetapi kemenangan umat Islam serantau,” kata pengerusinya, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob kepada Harakahdaily.

Hosni Mubarak, katanya bukan sahaja bertindak zalim dan diktator kepada rakyatnya tetapi kepada ummat Islam sedunia apabila bersekongkol dengan kerajaan zionis Isreal dalam membunuh ummat Palestin yang tidak berdosa.

Katanya lagi, kesungguhan Mubarak untuk tidak membenarkan bekalan ubat-ubatan dan makanan melalui sempadan negaranya di Rafah bagi membantu ummat Palestin di Gaza yang di tadbir oleh Hamas jelas membelakangkan isi hati dan naluri ummat Islam dunia amnya

12 Februari 2011

Kejatuhan Hosni Mubarak Melalui Kebangkitan Rakyat




Kejatuhan Hosni Mubarak: Mesej Jelas Buat Umno-BN

Pimpinan KEADILAN mengalu-alukan kejatuhan regim pimpinan diktator Hosni Mubarak di Mesir melalui kebangkitan rakyat dan percaya, peristiwa bersejarah itu sepatutnya memberi pengajaran kepada pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).

Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui twitter awal pagi ini, menyifatkan kejatuhan Hosni Mubarak sebagai pengajaran kepada penguasa zalim dan rasuah.

“Mubarak dipaksa berundur. Pengajaran kepada penguasa zalim dan rasuah. Reformasi!” kata Ketua Pembangkang itu.

Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali pula menyifatkan kejatuhan Hosni Mubarak membawa mesej jelas kepada Umno Barisan Nasional (BN)

11 Februari 2011

Gambar Ketua menteri Diubah Pakai Ketayap



Gambar Palsu Lim Berketayap pula Tersebar

Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan

Jika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.

NONEGambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.

Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.

Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.

Kebangkitan Rakyat Mesir dan Wawasan Politik UMNO


Sambil mengikuti perkembangan kebangkitan rakyat Mesir, saya merasakan teramat kagum terhadap kesanggupan mereka untuk turun ke jalan raya menuntut hak mereka. Setelah dibelenggu selama berpuluh tahun, 30 tahun darinya di bawah Hosni Mubarak, rakyat Mesir telah menyedari bahawa perubahan perlu dilakukan dan tiada cara lain melainkan mereka sendiri berdiri teguh menuntutnya. Persoalan keadilan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya menjadi isu yang mendorong mereka untuk menuntut perubahan. Semua persoalan ini merupakan persoalan yang cukup releven di dalam sebuah masyarakat yang bertamaddun dan bermaruah.

Lantaran dari itu, saya terfikir adakah mungkin ahli-ahli UMNO kebinggungan dengan semua yang sedang berlaku? Mungkin ada yang tertanya, “Apa masalahnya? Tidakkah mereka semua satu bangsa dan majoriti besar mereka itu orang Islam?” Dan pasti juga tertanya lagi, “Hai, bukankah pemimpin mereka tu orang Islam? Jalan raya sudah siap dibina, begitu juga hotel-hotel bertaraf antarabangsa yang didatangi manusia dari seluruh dunia! Apa lagi yang rakyat Mesir itu inginkan?” Dan sudah pasti juga ada yang menyampuk sambil berkata, “Sungguh tidak pandai berterima kasih rakyat Mesir ini!”.

Operasi Lalang: Penafian Mahathir, Dedahkan Lebih Banyak Kebenaran

Pengarah Suara Anak Malaysia (SUARAM), Dr Kua Kia Soong berkata, walau sehebat mana Tun Dr Mahathir Mohamad cuba membersihkan imejnya bersabit Ops Lalang 1987, ia hanya akan mendedahkan banyak lagi kebenaran ketika insiden itu berlaku.

"Setidak-tidaknya satu fakta menonjol. Dr Mahathir sekarang tampaknya malu kerana peranannya dalam Operasi Lalang dan beliau hanya membenarkan tindakan pengecutnya itu selepas dua dekad lamanya," kata Dr Kua dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan Dr Kua itu terbit susulan daripada kenyataan bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Hanif Omar yang mendakwa Dr Mahathir tidak pernah mengarahkan penangkapan pembangkang secara beramai-ramai di bawah Ops Lalang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...