Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Bukan Salah Jebat Derhaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bukan Salah Jebat Derhaka. Papar semua catatan

13 Februari 2011

Bukan Sumpah Tutankhamun, Bukan Salah Jebat Derhaka

Hafiz Zainuddin
Sumber Gambar: Reuters
Pagi masih awal. Sekumpulan demonstran sedang membuat senaman ringan. Ada yang masih lena tidur, dingin diselimuti hawa pagi. Pihak tentera bertukar giliran mengawal keadaan. Khemah-khemah besar kelihatan merata-rata. Dataran Tahrir telah menjadi tempat tinggal bagi sebahagian besar warga. Begitulah fenomena di Kaherah sekarang ini. Rakyat Mesir sedang menunggu era kegemilangan mereka.


Sejak bermulanya revolusi lebih kurang tiga minggu lalu, ekonomi Mesir telah lumpuh. Kedai-kedai, pejabat dan perusahaan telah ditutup. Sebahagian besar pekerja sibuk membuat kerja baru mereka kepada negara; menurunkan pemimpin melalui jalan raya! Kerajaan Mesir mahu "krisis ini dihentikan segera". Rakyat sudah tidak peduli malah makin seronok berdemonstrasi.

Demonstrasi adalah pesta demokrasi. Seorang teman saya melawak. Beliau berkata bahawa demonstrasi di Mesir ini sudah menjadi sebuah budaya yang dilihat cool dan hip. Walaupun protes ini telah mengorbankan sekitar 300 orang, rakyat Mesir sama sekali tidak gentar malah semakin berani dan bersemangat. Perjuangan untuk membebaskan negara dari cengkaman kukubesi harus diteruskan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...