Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

20 Februari 2011

Jangan Harap Mahu Rampas Negeri Pakatan



Hasrat ingin ke Putrajaya tidak mustahil dengan semangat perubahan anak muda, contohnya apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Pemuda harus bersatu, berpadu serta perlu mencetus perubahan dan idea baru.




Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abd Razak berkata, PAS tidak akan memberi laluan mudah kepada Umno BN untuk merampas negeri-negeri yang dikuasai Pakatan pada waktu ini.

Bercakap sewaktu merasmikan Himpunan 30K Pemuda PAS di sini beliau berkata, kekuatan pemuda PAS yang hadir hari ini adalah senjata ampuh untuk menghalang Umno merampas negeri dengan pelbagai taktik kotor mereka.

Katanya, kehadiran 30 ribu pemuda PAS membanjiri dataran kompleks PAS Kedah hari ini membuktikan kesungguhan pemuda mempertahan kerajaan Kedah dan menyekat taktik kotor Umno yang mahu menjatuhkan kerajaan PAS Kedah.

"Ini sudah cukup menggerunkan Umno, kita kena pertahankan.

"Umno jangan fikir dia sahaja nak menang, kita pun fikir nak menang.

19 Februari 2011

Bukan Melayu Tergugat, Tapi Ketuanan Umno Terhakis


 Ketuanan melayu dicanang ke seluruh negara oleh Umno selepas kekalahan mereka dalam pilihan raya 2008 untuk mendapat simpati dan sokongan rakyat..

Kebimbangan Umno kononnya hak dan keistimewaan orang Melayu semakin terhakis di bawah kuasa Pakatan Rakyat adalah tidak berasas sama sekali sebaliknya sengaja diada-adakan untuk menakut-nakutkan rakyat agar tidak menyokong pakatan itu.

Sedangkan PAS dalam Pakatan Rakyat konsisten untuk mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Karim berkata, golongan muda tidak harus terpengaruh dengan ketakutan yang ditimbulkan itu kerana perlembagaan bukanlah perkara yang boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya.

"Secara realitinya, walaupun perlembagaan itu merupakan dokumen yang boleh dipinda tetapi kita semua tahu tidak cukup untuk dipinda kalau sekadar mendapat dua pertiga.

“Prosesnya cukup ketat, kena dapatkan kebenaran dari Majlis Raja-Raja sebagai contoh. Jadi apa yang nak dibimbangkan?

Suara Mahasiswa Disekat, Idealisme Dikongkong

 Sepatutnya kerajaan memberi hak kepada mahasiswa untuk mengadakan pilihanraya sendiri tanpa campur tangan mana-mana pihak

Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat mewakili seluruh masyarakat dan rakyat Malaysia berasa kesal dengan peraturan universiti yang menyekat hak dan kebebasan akademik mahasiswa dalam mengorientasikan proses demokrasi di dalam kampus.

Demikian kenyataan media bersama terdiri daripada Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Lembah Pantai), Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Serdang), Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia), Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai), Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua Angkatan Muda Keadilan) dan Rafizi Ramli (Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat).

Menurut mereka, sekatan dan halangan sedemikian rupa terus-terusan menafikan hak kebebasan mahasiswa untuk berkempen dan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi dan memilih kepimpinan di kalangan mahasiswa haruslah telus dan adil tanpa sebarang campur tangan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Bagi mereka, sudah tiba masanya untuk pihak kerajaan memikirkan kembali kerelevenan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) diserahkan kepada mahasiswa sendiri untuk mengendalikannya dan segala sistem yang meragukan harus dihapuskan serta merta kerana ini jelas mencabuli prinsip demokrasi yang bebas dan adil.

 PRK Kerdau, Merlimau Serentak 6 Mac



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau, Pahang akan diadakan pada 6 Mac ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof turut memaklumkan bahawa tarikh penamaan calon PRK Kerdau pada 26 Februari.

Ini menjadikan PRK Kerdau dan Merlimau, Melaka diadakan serentak.

Pada 28 Januari lalu, SPR mengumumkan penamaan calon bagi PRK Merlimau ialah pada 26 Februari dan hari pengundian pula 6 Ma

18 Februari 2011

Mahathir Yang Tidak Tahu Menggunakan Cermin


MSO
SEMUA orang kena faham apabila bekas presiden Umno, Mahathir Mohamad tidak jadi seperti Abdullah Badawi yang diam dan bersikap negarawan selepas berundur dari kerusi PM, menandakan ada sesuatu yang menganggu pemikiran Mahathir. Ada yang tidak beres dalam mindanya.

Kalau dia merasakan tidak terganggu dia tidak akan jadi kalut seperti hari ini. Ada kalanya dia lebih kalut dari Najib dalam menjaga nasib dan masa depan Umno. Orang yang menyedari ini amat merasai akan kekalutan Mahathir ini. Kerana kekalutan melebihi ini juga menyebabkan ada berpendapat Mahathir sangat takut kalau negara ini bertukar kerajaan takut beliau akan didakwa. Apakah Mahathir ada kesalahan besar? Jenayah apakah yang beliau lakukan?

Mengenai Mahathir ini saya tenguk hanya satu perkara saja. Kalau dia mengatakan Nik Aziz tak pernah diam bercakap, mengggunakan agama untuk kemenangan hanya untuk jadi MB dan membentuk kerajaan dengan DAP, maka Mahathir juga begitu.

Mahathir Terlupa Dirinya Menteri KDN Ketika Ops Lalang

Ketika  Ops lalang yang berlaku tahun 1987,  Mahathir adalah Menteri Dalam Negeri. Lojik akal Mahathirlah dalangnya. .

Mahathir Mohamad sememangnya terkenal sebagai Perdana Menteri yang dominan, tegas ketika memberi kata duanya. Beliau tidak mengendahkan sindiran pengkritiknya, sebaliknya akan menyanggah kritikan mereka dengan sikap dan nada yang angkuh.

Sesungguhnya, jasa dan silap seseorang tokoh bakal dinilai sejarah. Untuk tokoh seperti Mahathir (gambar kiri), mustahil penilaian terhadapnya hanya berat sebelah. Tokoh seperti Mahathir sering berkeupayaan untuk menghalalkan setiap dasar dan tindak-tanduknya, malah amat yakin dengan hujah dirinya - meskipun wacananya itu tidak semestinya diterima umum. Keyakinan ini, dari perspektif yang lain, ditafsirkan sebagai keberanian untuk bertanggungjawab - iaitu memikul tanggungjawab terhadap jasa dan silap yang dilakukan.

Namun demikian, sifat Mahathir ini semakin luntur dalam tempoh lapan tahun selepas beliau bersara. Contoh yang terdekat, Mahathir cuba lepas tangan begitu sahaja tanggungjawab politiknya dalam "Operasi Lalang" pada tahun 1987, dalam satu wawancaranya yang dibukukan dalam Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad, oleh Tom Plate. Mahathir mendakwa penangkapan pada 26 Oktober 1987 adalah keputusan polis, dan beliau hanya menerima keputusan itu. Malah, beliau mendakwa dirinya pernah berjumpa dan menjamin kepada pembangkang sebelum "Operasi Lalang", bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Dakwa Ekonomi Naik: PM Diminta Henti Perdaya Rakyat


Rakyat masih lagi dihimpit dengan beban sara hidup, taraf kehidupan yang begitu tinggi, tidak ada apa yang harus dibanggakan oleh Najib 

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar)  mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berhenti memperdayakan rakyat dengan penggunaan angka yang tidak realistik pada masa kini.

Menurut Dr Dzul, walaupun pertumbuhan ekonomi negara seolah-olah meningkat, namun permasalahan sebenar berhubung ekonomi masih membelit rakyat.

"Persoalan dalam ekonomi hari ini tidak hanya berlegar sekitar persoalan angka. Persekitaran tentang pertumbuhan. Pakar-pakar ekonomi sudah lama tidak mendewa dan bertuhankan angka ini.

Ujarnya, di kala rakyat masih dihimpit dengan beban sara hidup, tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh Najib dengan pencapaian sekitar enam peratus yang disuarakannya hari ini.

17 Februari 2011

Dedah Penyelewengan Kerajaan Melaka- Shamsul


Pakatan Rakyat akan dedah segala penyelewengan dan rasuah Ketua Menteri Melaka 

Pakatan Rakyat akan mendedahkan segala penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang berlaku sepanjang pentadbiran Umno- Barisan Nasional(BN) sekiranya berjaya menawan negeri Melaka pada pilihan raya umum ke 13 nanti.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan Umno- BN yang diterajui Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai Ketua Menteri yang selama ini banyak melakukan tindakan membelakangkan kepentingan rakyat.

Shamsul berkata demikian jetika berucap di majlis Tahun Baru Cina di sini malam tadi.

Selama ini, katanya segala laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM terhadap salah guna kuasa dan rasuah melibatkan Mohd Ali tidak pernah diendahkan pihak berkuasa itu.

“Saya buat berapa kali laporan rasuah SPRM ada ambil tindakan…tak ada.Saya buat laporan rasuah pada Ali Rustam………satu pun badan pencegah rasuah tidak ambil tindakan pada Ali Rustam.

“Saya janji malam ini kalau kerajaan Pakatan Rakyat menang….fail Ali Rustam dan dakwa dia,” katanya.

Turut hadir, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat Melaka dalam majlis menghimpunkan lebih dua ribu tetamu itu.

Ibunda Tercinta Haji Mohamad Sabu Kembali Ke Rahmatullah Jam 1.18 Pagi tadi


Seluruh Jawatan Kuasa dan ahli PAS Kawasan Batu mengucapkan takziah atas pemergian ke hadrat Illahi bonda tercinta kepada Tuan Haji Mohd Sabu, Pengerusi Jawatan Kuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat kira-kira jam 1 pagi tadi di kediamannya di Guar Petai, Tasek Gelugor.

Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zuhor di Masjid Kg. Padang Menora, Pulau Pinang. Demikian satu kenyataan ringkas Setiausahanya, Haji Ismail Yahya kepada Sanggahtoksago.Com sebentar tadi.

Sementara itu, Setiausaha Jawatan Kuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat, Tarmizi Mohd Jam bagi pihak seluruh jawatankuasanya turut mengucapkan takziah kepada Tuan Haji Mohd Sabu atas kehilangan sumber inspirasi dan ibu tercinta. - AL-FATIHAH.

Sumber - SANGGAHTOKSAGO

16 Februari 2011

Taib Undur: Mahathir Hanya Ulangi Gesaan Pakatan Rakyat

Gesaan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar Ketua Menteri Sarawak, Tan Sr Abdul Taib Mahmud supaya menamakan pengganti beliau merupakan satu usaha menjaga kepentingan Barisan Nasional(BN) di Sarawak.

Dr Mahathir sebelum ini dipetik menyatakan pandangan agar Taib Mahmud yang sudah 30 tahun menguasai Sarawak agar menamakan pengantinya jika tidak mahu menerima nasib seperti bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang dijatuhkan rakyatnya sendiri.

Berbeza dengan Pakatan Rakyat Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin ketika dihubungi Tv Selangor berkata, pihaknya konsisten mendesak Taib Mahmud berundur konsisten dan yakin ia akan menjadi modal politik besar kepada Pakatan Rakyat kerana pemimpin yang ada sekarang tidak melakukan yang terbaik kepada rakyat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...