Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Wajarkah BN Terus Diberi Mandat Semata-Mata Kerana Budi Lama?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wajarkah BN Terus Diberi Mandat Semata-Mata Kerana Budi Lama?. Papar semua catatan

04 Mac 2011

Wajarkah BN Terus Diberi Mandat Semata-Mata Kerana Budi Lama?

Zairil Khir Johari
Pandangan Aspan Alias ...
Sejak beberapa hari yang lepas saya telah melayari banyak tulisan dalam blog-blog yang saya jarang melayarinya. Saya telah banyak membaca pandangan-pandangan politik yang berbeza diantara satu dengan yang lain dan itu merupakan lumrah di dalam sebuah negara demokrasi seperti di negara kita. Kalau hendak diulas kesemuanya agak mustahil kerana ruang dan masa yang terhad untuk saya melakukannya. Tetapi saya sangat tertarik dengan tuduh menuduh di antara satu pihak dengan pihak yang lain.

Penyertaan Zairil Khir Johari ke pari DAP di ulas oleh beberapa penulis yang dikenali ramai dan menganggap Zairil seolah-olah tidak patriotik dan tidak setia kepada negara. Anak muda ini dicemuh dan dianggap tidak mempunyai semangat Melayu dan berbagai-bagai lagi panggilan terhadapnya.

Saya berdiri bukan untuk membela Zairil tetapi semata-mata untuk kita perbetulkan definasi-definasi tentang kesetiaan kepada negara dan bangsa yang kini dipandang dari sudut yang sempit dan tidak membawa faedah kepada diri masing-masing mau pun kepada negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...