
Pembabitan Tan Sri Rahim Thamby Chik, pegawai khasnya Kamalulail Sulaiman serta ahli perniagaan Datuk Eskay Shazril Abdullah dalam fitnah video lucah adalah bukti nyata Perdana Menteri Najib Razak turut terlibat dalam konspirasi memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur dari politik.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution berkata Rahim dan Kamalulail bertanggungjawab terhadap tempahan bilik untuk tontonan video lucah itu bagi wartawan di Hotel Sri Carcosa pada Isnin lalu.
“Rahim Thamby Chik adalah Pengerusi Risda. Tempahan yang dibuat di Carcosa Sri Negara untuk tontonan para wartawan dibuat oleh Timbalan Pengerusi UMNO Bukit Gantang, Datuk Kamalulail yang juga pegawai khas kepada Tan Sri Rahim. Bayaran (bilik) dibuat menggunakan kad kredit beliau,” kata Saifuddin.
