Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Video Fitnah Ditayang Sempena Bubar DUN Sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video Fitnah Ditayang Sempena Bubar DUN Sarawak. Papar semua catatan

22 Mac 2011

BN Terdesak, Video Fitnah Ditayang Sempena Bubar DUN Sarawak



Skandal rasuah, kegagalan pentadbiran BN di Sarawak serta kekayaan luar biasa milik Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi bebanan BN untuk menjawabnya.Nasihat kepada rakyat Sarawak, nilailah dengan baik kes fitnah ini kerana ia sengaja direka menjelang pilihan raya


Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua percaya penayangan video fitnah berunsur lucah kepada media tempatan hari ini, dibuat juak-juak Umno Barisan Nasional (BN) sempena pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Menganggap Umno BN terdesak, beliau berkata, parti pemerintah mereka cipta fitnah baru berikutan perbicaraan Fitnah II kian gagal.

“Mereka terdesak. Dalam kes Fitnah II yang direka dengan pelbagai pakar nampak kian gagal. Kini mereka mereka satu lagi kes fitnah,” katanya kepada KeadilanDaily, hari ini.

Mengikut Malaysiakini, satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedah kepada media pagi ini.
Klip video itu ditayangkan untuk tontonan media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibu negara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...