Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
Memaparkan catatan dengan label Tindakan luar biasa Umno BN sebelum parlimen bubar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tindakan luar biasa Umno BN sebelum parlimen bubar. Papar semua catatan
28 Mac 2013
Tindakan luar biasa Umno BN sebelum parlimen bubar
Seluruh pemimpin dan ahli-ahli PAS serta Pakatan Rakyat di seluruh negara diminta memantau dengan rapi segala tindakan luar biasa para pemimpin Umno-BN di negeri-negeri yang dikuasai parti itu, sementara tibanya saat pembubaran parlimen.
Ketika berada di hujung kuasa, para pemimpin Umno-BN dipercayai akan melakukan pelbagai tindakan untuk melakukkan pemindahan aset-aset mereka kepada kroni-kroni mereka, walaupun tindakan mereka itu menyalahi etika dan undang-undang.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bukti terbaru mengenai tindakan buruk mereka itu boleh dirujuk kepada tindakan yang telah dilakukan oleh para pemimpin Umno-BN Pahang pada Februari lalu.
Langgan:
Catatan (Atom)

