Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Tangkap Segera ‘Datuk T’. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tangkap Segera ‘Datuk T’. Papar semua catatan

23 Mac 2011

Tangkap Segera ‘Datuk T’

Pihak polis perlu menahan dan menangkap segera individu yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Datuk T’ kerana memiliki dan menayangkan rakaman video lucah, kata peguam Karpal Singh.

Karpal berkata, rakaman tersebut, yang kononnya melibatkan adegan seks individu yang menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyalahi undang-undang negara.

Menurutnya lagi, beliau terkejut kerana polis masih belum bertindak untuk menangkap ‘Datuk T’ selepas ‘tayangan’ yang dilakukan semalam.

“Beliau terang-terangan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem, 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan Jenayah. Sepatutnya semalam lagi polis menangkap beliau,” kata Karpal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...