Menggunakan logik yang sama, saya kira jika Muhyiddin datang ke Machang,dan kalau orang Machang menyampah dengan beliau, maka orang Machang boleh baling batu ke kereta TPM.
Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin kerana bersikap angkuh dalam menangani insiden kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibaling batu pada kempen pilihanraya kecil di Kerdau baru-baru ini.
Menurut Saifuddin, kenyataan Muhyiddin bahawa pihak di sebalik jenayah itu berhak berbuat demikian mencerminkan kedangkalan pemimpin nombor dua negara itu.
" Mengikut media arus perdana, Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat Felda bertindak demikian kerana menyampah dengan Anwar. Kejadian berlaku di kawasan mereka, dan itu hak mereka'. Menggunakan logik yang sama, saya kira jika Muhyiddin datang ke Machang,dan kalau orang Machang menyampah dengan beliau, maka orang Machang boleh baling batu ke kereta TPM.
" Ini kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Mana ada TPM yang berkata begitu. Beza politik, bezalah. Kena ingat, dulu kita pun berkawan. Takkanlah benci dan meluat sampai begitu sekali, sehinggakan perkara salah pun dikata betul,"katanya.
