Saya mahu beritahu Najib supaya tunggu pilihanraya nanti. Jangan takbur," tambah Anwar kepada laungan takbir dan reformasi oleh penyokong Pakatan.
Jangan guna taktik kotor, lawan secara bermaruah di gelanggang pilihanraya - itu desakan Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri dan isterinya Rosmah Mansor berikutan cubaan mengguna video lucah fitnah untuk menghakis sokongan terhadap Ketua Pembangkang itu.
"Dia guna media, kecam kita dari pagi sampai petang sampai malam, Kita nak jawab, tak boleh, konon tidak ada permit. Saya tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja. Saya salahkan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri dia Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan kita," kata Anwar kepada lebih dua ribu penyokong Pakatan Rakyat di Gombak malam tadi.
