“Dia individu melayu terkaya di Malaysia. Ini pemimpin (Umno) yang bicara soal rakyat. Keris Melayu, darah Melayu tetapi hisap darah Melayu,”
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus enggan menjawab pendedahan mengenai pengaliran wang haram bernilai RM888 bilion ke luar negara dalam tempoh sembilan tahun kerana tidak mahu rakyat tahu penyelewengan itu.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau membangkitkan isu mengenai wang haram itu yang didedah badan kewangan antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI) baru-baru ini, hampir setiap hari tetapi Najib gagal untuk memberi sebarang jawapan.
“Ada jawapan dari Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan? Tidak ada. Sudah sebulan setengah, setiap hari, saya serang dia dari Perlis hingga ke Sarawak. Tapi, tidak ada jawapan. Sebab apa? Sebab mereka fikir rakyat tidak tahu.
