Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Polis Jangan Jadi Boneka UMNO-BN – AMK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Polis Jangan Jadi Boneka UMNO-BN – AMK. Papar semua catatan

03 Mac 2011

Tutup Bilik Gerakan: SPR, Polis Jangan Jadi Boneka UMNO-BN – AMK



Kepada SPR dan polis, jangan jadi boneka Umno dan Barisan Nasional. Jadilah badan yang benar-benar bebas wibawa serta demokratik dan berlaku adil kepada rakyat dan parti yang bertanding


Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Azmizam Zaman Huri menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis DiRaja Malaysia tidak menjadi boneka UMNO dan Barisan Nasional dengan mengamalkan sikap pilih kasih pada pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau.

“Kepada SPR dan polis, saya nasihatkan supaya jangan jadi boneka Umno dan Barisan Nasional. Jadilah badan yang benar-benar bebas dan berlaku adil kepada Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada amaran SPR dan polis yang meminta AMK menutup bilik gerakan mereka di Felcra Rumpun Makmur di Kerdau. Amaran tersebut dikeluarkan SPR dalam Berita Perdana TV1 semalam.

Mengulas lebih lanjut, Azmizam berkata AMK tidak akan berganjak dan terus berkempen bagi pihak Pakatan Rakyat. Ini kerana Umno dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) turut berkempen dan menggunakan bendera mereka sendiri walau pun hakikatnya, calon yang diperturunkan datangnya daripada Barisan Nasional.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...