Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Perut Sendiri OK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perut Sendiri OK. Papar semua catatan

03 Mac 2011

Umno: Untuk Rakyat Membazir, Perut Sendiri OK

Idris Ahmad
Jika perancangan yang baik untuk rakyat dianggap membazir dan boleh membawa bankrap. Jika cadangan untuk perut dan kroni mereka akan bersetuju.  Ini adalah sikap biasa mana-mana pemimpin UMNO yang takut tembelang mereka akan terdedah jika kerajaan baru menggantikan mereka.

PAS menafikan menjadi kuda tunggangan PKR apabila melancarkan Buku Jingga di Markaz Induk Pilihan raya Kecil Kerdau pada 26 Februari lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, tuduhan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berhubung perkara itu sebagai satu fitnah kepada PAS supaya wujud perpecahan di dalam Pakatan Rakyat.

“Buku Jingga ialah pemuafakatan bersama dan dirancang serta diteliti oleh ketiga-tiga parti (PAS, PKR dan DAP) supaya mendapat keputusan bersama, bukan oleh satu parti sahaja,” jelasnya.

Tambahnya, tuduhan Naib Presiden Umno itu membayangkan keresahan yang ada di dalam pemikiran pemimpin Umno, kerana bimbang rakyat mengalih sokongan kepada PR, terutama angin perubahan di Asia Barat.

Jelasnya lagi, tuduhan yang mengatakan bahawa Buku Jingga mengenepikan pakar-pakar ekonomi adalah tidak betul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...