Kenyataan Tun Daim Zainuddin bahawa negara dalam landasan yang betul dalam mengatasi masalah rasuah hanya satu percubaan menyelamatkan diri bekas Menteri Kewangan itu dari dakwaan-dakwaan rasuah yang membelenggui beliau sepanjang masa beliau menganggotai Kabinet.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Daim pernah dikaitkan dengan penyelewengan dalam penswastaan lebuhraya Plus dan syarikat penerbangan negara, Malaysian Airlines (MAS) jelas meremehkan isu rasuah di negara ini, khususnya di Sarawak di bawah pemerintahan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
