Sebab mengapa Anwar Ibrahim duduk di dalam kandang tertuduh setiap hari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada masa ini dengan menghadapi perbicaraan jenayah sememangnya difahami oleh mereka yang benar-benar waras. Anwar sedang dalam usaha untuk membuat perubahan-perubahan asas terhadap sistem pentadbiran negara ini dan juga ke atas wacana politik nasional. Perubahan ini semestinya menghakis pengaruh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pastinya akan menyingkirkan dari kekuasaan.
Pemimpin dan kerajaan BN sememangnya tidak peduli tentang kewajaran perubahan ini yang memberi manfaat kepada rakyat. Apa yang mereka pentingkan adalah kelangsungan politik mereka sahaja. Selain hanya obsesi ke atas kelangsungan ini, mereka juga mengabaikan perkara-perkara yang memberikan manfaat kepada negara.
