Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Menang Pilihan Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menang Pilihan Raya. Papar semua catatan

05 Mac 2011

Menang Pilihan Raya, Pakatan Angkat Najib Jadi Duta Besar Ke Mongolia- Anwar


Jangan menghina rakyat. Jika pilihan raya penuh dengan penipuan

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat akan melantik Ketua Pembangkang ketika itu, Datuk Seri Najib Razak menjadi duta besar negara ke Mongolia.

Malah Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Najib juga dibenar untuk menyampaikan ceramah bersama gerombolannya dan diberi permit berceramah.

“Jika Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum akan datang, Datuk Seri Najib Razak sebagai Ketua Pembangkang, tetap akan diberi permit untuk ceramah.

“…dan kalau kita menang, kita akan angkat Najib sebagai duta besar Malaysia ke Mongolia,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada program Ceramah Umum KEADILAN anjuran Cabang Lembah Pantai di Dewan Gasing Indah, dekat sini malam tadi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...