Aku begitu simpati dengan luahan hati seorang Nenek terhadap cucunya yang dirogol oleh bekas Ketua Menteri Melaka. Apa yang ingin aku katakan, betapa besarnya pengorbanan YB Lim Guan Eng terhadap sebuah keluarga Melayu miskin. Yang peliknya, perogol terlepas dari didakwa, kemudian pembela yang masuk penjara. Di sini aku cuba paparkan entry dari blog Chegubard untuk sama-sama kita kongsi pandangan. Baca artikel selanjutnya di bawah ini..
Lim Guan Eng ditangkap kerana membantu mangsa yang dirogol olih Rahim Thamby Chik.
Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim
Cucu saya, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.


