
(Kim Quek) - Malaysia mungkin satu-satunya negara di mana kematian seorang wakil rakyat membawa kegembiraan kepada penduduk setempat. Adakah kerana wakil rakyat secara umumnya dibenci oleh rakyat? Tidak.
Ia adalah kerana pilihan raya kecil akan diadakan sejurus selepas kematian wakil rakyat tersebut. Kenapa pula ia harus membawa kegembiraan kepada penduduk setempat?
Ini kerana sewaktu pilihan raya kecil, Santa Claus juga akan datang.
Dia akan membawa pelbagai jenis hadiah serta menjadikan impian anda menjadi kenyataan.
Siapakah Santa Claus tersebut?
Beliau tidak lain dan tidak bukan daripada parti pemerintah yang telah memerintah negara sepanjang 53 tahun selepas merdeka.
Rasuah Pilihan Raya Menjadi-jadi
Belum sempat simati atau arwah dikebumikan, anda akan melihat transformasi fizikal di konstituen tersebut. Para pekerja bekerja sepanjang masa memperkemaskan kawasan tersebut. Kemudahan yang kekurangan ataupun rosak sejak berkurun-kurun dahulu akan dibaiki secara tiba-tiba – jalan raya, lampu jalan, longkang, paip air, dll.
