Nampaknya Umno dalam keadaan yang sangat terdesak mengunakan khidmat perempuan sunda untuk meyakinkan pengundi di Merlimau. Ini menunjukan UMNO tidak ada penceramah lain yang lebih layak selain dari perempuan yang rosak akhlak ini.
Kehadiran Ummi Hafilda pada kempen pilihanraya kecil DUN Merlimau malam tadi tidak memberi sebarang kesan kepada Pakatan dan juga pengundi di kawasan itu, kata Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar
Malah ujarnya, Umno-BN sudah kehilangan keyakinan rakyat sehingga terdesak menurunkan Ummi Hafilda yang dianggap sebagai alat, memandangkan beliau tidak ada kredibiliti untuk berkempen pada pilihanraya kecil berkenaan.
"Nampaknya Umno dalam keadaan yang sangat terdesak. Umno sudah tidak dapat kepercayaan rakyat sehingga mereka membawa orang luar daripada pimpinan parti mereka untuk meyakinkan rakyat tentang apa-apa yang didakwa selama ini.
"Jadi mereka bawa orang seperti Ummi Hafilda dan sebagainya. Untuk nak menimbulkan keyakinan rakyat kepada Umno. Jadi jelas bahawa dari segi kepimpinan Umno, sudah tak dapat lagi kepercayaan rakyat di negara ini,"ujar Mahfuz.
Mengulas lanjut mengenai kewibawaan Ummi Hafilda, Mahfuz menegaskan, rakyat lebih mengenali Ummi yang selama ini terkenal dengan peribadi angkuh, sombong
serta rendah akhlaknya.
"Mereka terpaksa bawa orang yang biarpun akhlaknya dipersoalkan seperti Ummi Hafilda ini, orang yang korup pemikiran dan korup akhlaknya. Dia hanya semata-
mata berdasarkan kepada ganjaran yang diberikan oleh Umno. Umno sanggup bayar berapa banyak pun asal boleh membantu umno mengembalikan keyakinan. Umno boleh bayar APCO, Umno boleh bayar juga kepada Umi Hafilda,"tambah Mahfuz.
