Memang kes ini dipolitik dan dieksploitasi oleh ahli politik.
Campur tangan politik dalam kes fitnah liwat 2, Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah dengan cubaan pasukan pendakwaan memanipulasi peruntukan undang-undang untuk memaksa beliau memberikan sampel DNA, kata peguambela Karpal Singh.
Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden hari mendesak Hakim Zaibdin Mohamad Diah untuk mengarahkan Anwar memberi sampel darah untuk ujian DNA sungguhpun tidak ada undang-undang sedemikian, tambah Karpal.
Peguam veteran itu berkata Yusuf kini berusaha untuk "membina" semula kes terhadap Anwar menerusi ujian DNA setelah Pegawai Penyiasat Jude Pereira mengesahkan beliau memberi keterangan yang bercanggah dan mencurigakan.
