Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Kata Aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kata Aziz. Papar semua catatan

16 Mac 2011

Mahathir Buta Perlembagaan, Kata Aziz

Prof Dr Aziz Bari

Artikel 152 menyatakan bahawa kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam tidak akan dinafikan.


Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIAM, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jahil perlembagaan kerana mempersoalkan peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

Aziz berkata, merujuk kepada blog Mahathir tahun lalu beliau boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana merpertikaikan peruntukan tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Tulisan Tun Mahathir dalam blognya adalah salah apabila mempersoal sekolah Rendah Jenis Cina (SRJC) dan Tamil (SRJT) untuk dapat peruntukan. Beliau boleh ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Hak kaum Cina dan India dijamin di bawah Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan manakala bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...