Saya sendiri mengiktiraf Nik aziz sebagai tokoh agama dan mempunyai ilmu yang luas. Bagi saya kita mesti mempertahankan ilmuwan Islam yang ada dan bukannya mencerca.
Sesungguhnya Allah memuliakan orang yang beriman dan berilmu di kalangan kamu dengan beberapa darjat." (Surah al-Mujadalah: ayat 11)
Mufti Kedah, Dato' Sheikh Baderuddin Ahmad menegur sikap seorang pemimpin NGO pro-Umno yang cuba menyamakan Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pengasas ajaran sesat, Ayah Pin.
Menurut Sheikh Baderuddin kenyataan tersebut 'tidak betul' kerana kedua-dua peribadi itu jauh berbeza daripada segenap segi.
"Saya sendiri mengiktiraf Nik aziz sebagai tokoh agama dan mempunyai ilmu yang luas. Bagi saya kita mesti mempertahankan ilmuwan Islam yang ada dan bukannya mencerca.
"Tolak politik atau jawatan Nik Aziz sekarang, beliau sememangnya dikenali sebagai tokoh yang memahami al-Quran dan Hadis," katanya kepada Harakah.
Mingguan Malaysia bertarikh 6 Mac lalu menyiarkan kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin yang mengecam Tuan Guru Nik Aziz berhubung beberapa pandangan tokoh ulama itu terhadap Umno dan mufti Perak.
Penulis tidaklah berhasrat untuk mengulas kenyataan Farahana kerana sebagai pengarah NGO yang menjadi kuda tunggangan Umno, beliau bebas untuk mengatakan apa sahaja tentang PAS dan para pemimpinnya apatah lagi melalui akhbar milik Umno.
Negara ini penuh penipuan dengan cerita-cerita dongeng dan sandiwara oleh golongan politik. Seolah-olah Negara ini milik mak bapak mereka dan bukan milik rakyat. Mereka angkut hasil bumi dalam semua bentuk penipuan untuk kepentingan golongan yang "BERHORMAT". Rakyat ditipu dengan janji-janji manis untuk meraih undi setiap kali pilihanraya. Pemimpin-pemimpin ini seharusnya ditolak oleh rakyat...
Another Templates
Memaparkan catatan dengan label Farahana Dan Ayah Pin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Farahana Dan Ayah Pin. Papar semua catatan
10 Mac 2011
Langgan:
Catatan (Atom)

