Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Dr Mahathir Berani Tulis Memoir Tapi Takut Ke Mahkamah – Saifuddin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Mahathir Berani Tulis Memoir Tapi Takut Ke Mahkamah – Saifuddin. Papar semua catatan

11 Mac 2011

Dr Mahathir Berani Tulis Memoir Tapi Takut Ke Mahkamah – Saifuddin

“Sehebat-hebat Dr Mahathir, dia tidak bersikap seperti anak jantan dan takut untuk menjawab soalan-soalan dari peguam,”

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersikap anak jantan apabila menulis buku berbentuk memoir dengan yang mempertikai kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa bersandarkan bukti kukuh sedangkan bekas Perdana Menteri itu, berpeluang berbuat demikian pada 1998 lagi..

Sebaliknya, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, berkata Mahathir tidak berani berhadapan dengan peguam Anwar ketika disapina mahkamah dalam kes Fitnah I pada 1998.

“Mengapa dia (Mahathir) tidak pergi? Sedangkan ketika itu adalah peluang untuk menceritakan seperti apa yang tertulis dalam memoirnya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Menyatakan peguam Anwar menggunakan saluran undang-undang untuk memperoleh keterangannya di mahkamah, beliau berkata, seseorang yang disapina tetapi tidak hadir memberi keterangan, harus didakwa kerana boleh dianggap menghina mahkamah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...