Rakyat Untuk Rakyat. Headline Animator

Memaparkan catatan dengan label Debat Dr M – Husam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Debat Dr M – Husam. Papar semua catatan

06 Mac 2011

Debat Dr M – Husam, SAMM Tawar Diri Jadi Penganjur

Isu debat- Seratus peratus Mahathir akan menolak kerana beliau hanya berani membuat kenyataan di media dan peti-peti TV, berdepan secara langsung memang beliau penakut, malah isu pengkhianat melayu ini menyebelahi Husan dan Husam akan menerima perdebatan ini kerana Husam sendiri yang mencadangkannya.
Diharap kedua-dua pihak mengetepi ego demi bersama membina bangsa dan negara.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menawar diri untuk menjadi penganjur debat berkaitan isu pengkhianat Melayu antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin, berkata pihaknya akan mengirim surat kepada Mahathir dan Husam pada Isnin ini, bagi merealisasikan debat berkenaan.

“Diharap kedua-dua pihak mengetepi ego demi bersama membina bangsa dan negara ini,” katanya pada satu kenyataan media, hari ini.

Husam sebelum ini mengajak Mahathir berdebat secara terbuka dalam isu Melayu berikutan tuduhan melulu bekas Perdana Menteri itu terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...